Keseimbangan pepejal dan larutan untuk sulfat dalam sedimen sungai yang tercemar dengan AMD

Ong, Tse Chia (2005) Keseimbangan pepejal dan larutan untuk sulfat dalam sedimen sungai yang tercemar dengan AMD. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000350.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Jerapan dan kelarutan sulfat dalam sedimen sungai yang tercemar dengan AMD telah dikaji. Kepekatan keseimbangan sulfat dalam larutan ditentukan secara spektrometri mengikut kaedah APHA (1989). Keputusan menunjukkan bahawa pada julat kepekatan awal sulfat (eg. 0-20ug/mL), jerapan sulfat pada sedimen Sungai Bambangan dan Sungai Liwagu tidak berlaku. Sebaliknya, nyahjerapan sulfat yang berlaku. Amaun sulfat teryahjerap dari sedimen Sungai Bambangan dan Sungai Liwagu masing-masing berada dalam julat 154-468ug/g, dan -48.8-288.8ug/g. Kepekatan sulfat dalam larutan keseimbangan meningkat dari 5.95ug/mL ke 12.14 ug/mL, dan 1.74 ug/mL ke 10.17 ug/mL masing-masing bagi Sungai Bambangan dan Sungai Liwagu apabila pH meningkat dari pH2 kepada pH6. Hubungan antara sulfat dalam larutan dan pH ini adalah bertentangan dengan apa yang dijangkaan sekiranya berlaku proses pemelarutan sulfat dari fasa pepejal. Sebaliknya ia menggambarkan suatu proses nyahjerapan. Sehubungan itu keseimbangan pepejal-larutan bagi sulfat dalam sedimen-sedimen sungai adalah didominasikan oleh proses nyahjerapan sulfat dari fasa pepejal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sulfate adsorption, Solubility acid, Acid mine drainage (AMD), River sediments, Sulphate concentration, Bambangan River, Liwagu River
Subjects: ?? TD429.5-480.7 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Dec 2011 06:15
Last Modified: 12 Oct 2017 05:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/603

Actions (login required)

View Item View Item