Mengkaji tahap pengetahuan dan persepsi pengguna muslim terhadap pensijilan halal pada premis makanan (restoran) di bandar Tawau, Sabah

Dahirah Mahmud, (2011) Mengkaji tahap pengetahuan dan persepsi pengguna muslim terhadap pensijilan halal pada premis makanan (restoran) di bandar Tawau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2505Kb

Abstract

Penyelidikan bertujuan menentukan Tahap Pengetahuan Dan Persepsi Pengguna Muslim Di Bandar Tawau Sabah Terhadap Pensijilan Halal Pada Premis Makanan (Restoran) serta untuk mengetahui hubungan antara Tahap Pengetahuan dan Persepsi pengguna Muslim dengan faktor demografi responden. Jumlah responden yang diperolehi ialah 421 orang yang terdiri daripada 52% responden lelaki dan 48% responden perempuan. Responden ini terdiri dari pengguna Muslim sahaja. Julat umur responden yang terlibat adalah antara 20 tahun hingga 70 tahun. Seramai 43.9% responden berada pada tahap pengetahuan yang tinggi di mana skor markah tahap pengetahuan berada di antara 10 hingga 12 markah. Hanya 22.6% responden yang mendapat tahap pengetahuan yang sangat tinggi di mana skor markah pengetahuan berada di antara 13 hingga 15 markah. Persepsi responden tentang Pensijilan Halal pada premis makanan berada pada tahap yang tinggi di mana nilai min keseluruhan ialah 4.56 dimana majoriti responden sangat bersetuju tentang kepentingan Pensijilan Halal dalam pemilihan premis makanan. Terdapat hubungan yang signifikan dan korelasi yang sangat lemah antara ciri demografi responden dengan tahap pengetahuan responden dari segi pendidikan, pekerjaan dan bangsa responden. Bagi hubungan antara ciri demografi dan persepsi responden terdapat hubungan signifikan dan korelasi yang sangat lemah antara pendidikan,pekerjaan bangsa dan status responden. Secara keseluruhannya, terdapat hubungan signifikan dan korelasi yang lemah antara tahap pengetahuan dan jumlah keseluruhan persepsi responden di mana nilai p = 0.000 (p<0.05, X2 = 69.516) dan nilai korelasi r = 0.246. Secara kesimpulannya tahap pengetahuan pengguna Muslim mempengaruhi persepsi mereka terhadap pensijilan halal premis makanan Muslim di Bandar Tawau, Sabah.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:knowledge level, perception, muslim, halal certification, food premises
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6074
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 May 2013 08:49
Last Modified:27 May 2013 08:49

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository