Kajian hubungan antara pengambilan kalsium, aktiviti fizikal dan lemak badan di kalangan remaja Kota Kinabalu, Sabah

Ng , Ker Sinn (2011) Kajian hubungan antara pengambilan kalsium, aktiviti fizikal dan lemak badan di kalangan remaja Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
3559Kb

Abstract

Suatu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk menentukan hubungan antara pengambilan kalsium, lemak badan dan aktiviti fizikal antara remaja di sekolah menengah Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. Hipotesis kajian ialah terdapat hubungan antara pengambilan kalsium dalam makanan dengan peratus lemak badan remaja. Kajian melibatkan sejumlah 371 orang subjek (211 lelaki dan 160 perempuan) dengan purata umur 14.72±1.28 tahun. Pengambilan kalsium dan lemak serta aktiviti fizikal ditaksir dengan menggunakan self-administered Food Frequency Questionnaire (FFQ) yang disahkan dan International Physical Activity Questionnaire (lPAQ) 2005. Ukuran antropometri termasuk berat, tinggi, indeks jisim tubuh (DT) untuk umur dan peratus lemak badan remaja dikumpulkan. Purata DT dan peratus lemak badan subjek ialah 20.45 ± 4.72 kg/m2 dan 21.27 ± 0.46%. Min pengambilan kalsium dan lemak ialah 1254.64 ± 2.70 mg dan 51.51 ± 2.68 9 masing-masing. Purata pengambilan kalsium remaja yang lebih tinggi daripada RNI disebabkan kemungkinan subjek yang melapor lebih. Dari segi bilangan subjek dalam pencapaian RNI, didapati walaupun sebanyak 59.0% subjek mencapai saranan RNI kalsium, tetapi 51.5% yang didapati tidak mencapai saranan RNI lemak. Perbezaan signifikan wujud dalam pengambilan nutrien kumpulan umur yang berbeza bagi kedua-dua jantina (p<0.05). Pengambilan lemak remaja berhubungan negatif dengan ukuran UT untuk umur (p<0.05) dan peratus lemak badan (p<0.01). Perkaitan tidak wujud antara status aktiviti fizikal dengan kumpulan etnik yang berlainan. Hipotesis kajian diterima kerana pengambilan kalsium berkorelasi dengan peratus lemak badan remaja (r=-0.102 dan p<0.05). Pengambilan kalsium remaja juga menunjukkan perkaitan yang lemah dengan status aktiviti fizikal (rS=0.185 dan p<0.001). Kesimpulannya, pengambilan kalsium berhubungan dengan peratus lemak badan remaja bagi sam pel kajian ini dan hubungan juga didapati wujud antara pengambilan kalsium dengan aktiviti fizikal remaja. Pengiraan anggaran pengambilan kalsium (mg/hari) remaja perempuan yang berstatus aktiviti fizikal tinggi dibenarkan melalui model regresi: Pengambilan kalsium (mg/hari) = In- {8.654 - 0.292 √peratus lemak badan (%)}

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:calcium intake, physical activity, body fat, adolescents
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6076
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 May 2013 08:34
Last Modified:24 Feb 2014 11:23

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository