Geologi am dan sedimentologi di kawasan Bukit Lambir Miri, Sarawak

Loh, Danny Wai Hoe (2008) Geologi am dan sedimentologi di kawasan Bukit Lambir Miri, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000349.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di kawasan Bukit Lambir, bahagian utara Sarawak yang dibatasi oleh garis lintang 04�09'U hingga 04�-14'U dan garis bujur 114-00'T hingga 114�03' dengan keluasannya kira-kira sembilan puluh enam kilometer persegi (96km²). Kawasan kajian terdiri daripada endapan aluvium Kuaterner dan Formasi Lambir. Formasi Lambir di kawasan kajian berusia Miosen Tengah ke Pliosen yang dibahagikan kepada 5 unit fasies batuan litolog iaitu Unit batu pasir masif >5m, unit batu pasir 1-5m, unit batu pasir berselang lapis dengan batu lumpur, unit heterolitik dan unit syal tebal. Kawasan kajian menunjukkan persekitaran endapan ekstuari jenis pasang surut dominan delta dimana merangkumi kawasan dataran pasang surut, beting penghalang, laguna dan beting pasir. Struktur sedimen seperti laminasi selari, endapan batu lumpur/syal tebal dan selang lapis batu lumpur yang tebal dengan saiz butiran batu pasir yang sederhana balus menunjukkan kawasan pengendapan adalah tenang di kawasan dekat laguna Bagi endapan alluvium kuatemer di kawasan kajian pula terdiri daripada campuran batu pasir, batu lumpur, kelodak dan kelikir dimana terendap di sepanjang sungai. Kajian geologi struktur pelapisan, lineamen positif dan negatif menunjukkan arah daya mampatan adalah bertrend barat laut-tenggara.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Quaternary alluvium deposit, Lambir formation, Parallel lamination, Lambir Hill, North Sarawak
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Dec 2011 06:43
Last Modified: 12 Oct 2017 05:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/609

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository