Pemencilan dan pencirian bakteria asid laktik daripada jeruk bambangan yang memberikan aktiviti antimikrobial

Idzarahayu Lily Ramlee, (2011) Pemencilan dan pencirian bakteria asid laktik daripada jeruk bambangan yang memberikan aktiviti antimikrobial. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
4Mb

Abstract

Bakteria asid laktik (BAL) dalam makanan tertapai menghasilkan pelbagai sebatian yang memberikan produk tersebut rasa dan warna selain meningkatkan kualiti dan keselamatannya. BAL yang berpotensi diaplikasikan dalam industri makanan telah dipencilkan dari makanan tertapai tempatan (jeruk bambangan) dan dicirikan berdasarkan morfologi dan biokimianya. Sebanyak 56 strain BAL dipencilkan daripada jeruk bambangan sepanjang tempoh fermentasi dimana 6 strain dipencilkan daripada 1 hari tempoh fermentasi, 8 strain dipencilkan daripada 2 hari tempoh fermentasi, 12 strain dipencilkan daripada 3 hari tempoh fermentasi, manakala 10 daripada tempoh fermentasi yang lain. Ujian sensitiviti antibiotik bagi bagi 56 isolat BAL melalui ujian penyaringan teknik penyerapan lubang menunjukkan hanya 12 isolat BAL menunjukkan sensitiviti terhadap bakteria patogenik yang diuji dan selepas peneutralan pH dan penyingkiran H202 hanya 3 isolat BAL menghasilkan zon perencatan pada pH 5.5 iaitu Lactobacillus plantarum (Lab40) sebanyak 8.3mm, Lactobacillus plantarum 1 (Lab 57) sebanyak 9.7mm dan Lactobacillus pentosus (Lab 50) sebanyak 9.1mm. pH memberi kesan yang nyata terhadap aktiviti antimikrobial dimana pada pH menghampiri neutral tiada perencatan bakteria patogenik yang diuji dicatatkan. Kesimpulannya, aktiviti antimikrobial oleh strain bakteria asid laktik yang dipencilkan adalah disebabkan oleh asid organik

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:isolation,characteristic,lactic acid bacteria, bambangan, antimicrobial activity
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6098
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 May 2013 12:39
Last Modified:27 May 2013 12:39

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository