Geologi am dan geokimia unsur-unsur surih sedimen Sungai kawasan Pekan Kota Belud

Chong, Tze Ling (2005) Geologi am dan geokimia unsur-unsur surih sedimen Sungai kawasan Pekan Kota Belud. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000347.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pekan Kota Belud terletak di bahagian barat laut Sabah di antara garis lintang 06°20'U dan garis bujur 116°24'T. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji geokimia sedimen sungai dan beberapa aspek geologi am di kawasan Pekan Kota Belud. Kawasan kajian ini terdiri daripada kira-kira 35% Formasi Crocker dan 65% endapan Kuaterner. Analisis lineamen, perlapisan, sesar dan kekar di kawasan kajian menunjukkan arah canggaan adalah dari Timur Laut - Barat Daya dan Tenggara - Barat Laut. Kawasan kajian ini terdiri daripada 4 batang sungai yang utama iaitu Sungai Kedamaian, Sungai Wariu, Sungai Gurung-Gurung dan Sungai Tempasuk yang berbentuk meander. Manakala anak sungai kecil menunjukkan pola saliran yang berbentuk dendrit dan jejala. Sampel sedimen Sungai Kedamaian adalah bersifat alkali manakala Sungai Wariu, Sungai Gurung-Gurung dan Sungai Tempasuk mempunyai sifat antara asid rendah dan alkali rendah. Kepekatan kromium, plumbum dan kuprum adalah tinggi di Sungai Kedamaian. Sungai Tempasuk mempunyai kepekatan zink yang tinggi. Daripada hubungan antara pH dengan kepekatan unsur-unsur surih menunjukkan bahawa kepekatan zink adalah tinggi dalam sedimen yang berasid rendah. Selain daripada itu, kepekatan kuprum semakin meningkat apabila kandungan bahan organik adalah tinggi manakala kepekatan kromium adalah berhubungan negatif. Sementara itu, apabila kandungan lempung tinggi, kepekatan kromium menurun. Ini menunjukkan unsur kromium jarang didapati dalam sedimen yang kaya dengan lempung dan bahan organik. Hubungan kepekatan plumbum dengan parameter lain adalah tidak tentu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geochemistry, River deposit, Crocker formation, Quarternary deposits, Geological aspects, Kota Belud, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Dec 2011 08:26
Last Modified: 12 Oct 2017 05:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/611

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository