Geologi am dan analisis kestabilan cerun KM42-54 di sepanjang Jalan Ranau hingga Tambunan (Kampung Tiang hingga Kampung Tinampok)

Tan, Shiu Yuen (2008) Geologi am dan analisis kestabilan cerun KM42-54 di sepanjang Jalan Ranau hingga Tambunan (Kampung Tiang hingga Kampung Tinampok). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000346.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di pantai barat Sabah dari sepanjang jalan Ranau ke Tambunan yang meliputi keluasan kira-kira 130km² dan dibatasi oleh longitud dari T 116°24' hingga T116°29' dan latitud U 05°42' hingga U 05°48'. Geologi am kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia dari Eosen Akhir ke Miosen Awal dan endapan Aluvium Kuaterner yang berusia resen. Formasi Crocker terbahagi kepada empat unit litologi iaitu unit batuan pasir masif, unit selang lapis batu pasir dan unit syal merah dan syal kelabu. Batu Pasir kawasan kajian adalah terdiri daripada akos wak. Analisis geologi struktur menunjukkan arah canggaan timur laut - barat daya. Pemetaan kegagalan cerun menunjukkan cerun-cerun dikawasan kajian dalam keadaan yang tidak selamat dan berpotensi mengalami kegagalan. Lima cerun batuan dan lima cerun tanah yang kritikal dipilih untuk kajian yang terperinci. Cerun-cerun batuan yang dikaji menunjukkan sifat kekuatan batuan yang sederhana kuat hingga sangat lemah daripada ujian beban titik dan ujian pemadatan tukul Schmidt. Dengan itu, faktor utama yang mengakibatkan ketidakstabitan cerun-cerun batuan adalah kehadiran set-set ketakselanjaran yang kompleks akibat daripada canggaan. Jenis kegagalan yang paling berpotensi berlaku dikawasan kajian adalah jenis kegagalan baji dan diikuti oleh jenis kegagalan satah dan lingkaran. Selain itu, faktor yang menyebabkan ketidakstabilan cerun-cerun batuan adalah seperti geometri cerun yang tinggi dan curam dan nilai indeks kekuatan batuan yang lebih rendah pada kawasan kajian. Cerun-cerun tanah menunjukkan nitai faktor keselamatan yang diandaikan tidak selamat dan berpotensi mengalami kegagalan iaitu dari nilai 0.82 hingga 2.29. Faktor-faktor lain yang menyebabkan ketidakstabilan cerun-cerun tanah adalah kebolehtelapan yang rendah dikawasan kajian iaitu dari 8.115 x 10�� cm/s hingga 9.626 x 10�� cm/s. Faktor lain ialah kehadiran bahan lempung yang tinggi, geometri cerun yang tinggi dan curam dan penutup muka cerun yang buruk.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Quaternary deposits, Crocker formation, Structural geology analysis, Ranau to Tambunan, Tiang Village to Tinampok Village
Subjects: Q Science > Q Science (General)
?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 14 Dec 2011 08:54
Last Modified: 12 Oct 2017 05:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/612

Actions (login required)

View Item View Item