Pembinaan pangkalan data dalam bentuk CD interaktif berkaitan sayur-sayuran Tempatan di malaysia dari sudut latar Belakang umum, khasiat pemakanan dan Faedah kesihatan

Nurhidayah Mat Ariffin, (2011) Pembinaan pangkalan data dalam bentuk CD interaktif berkaitan sayur-sayuran Tempatan di malaysia dari sudut latar Belakang umum, khasiat pemakanan dan Faedah kesihatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001068.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dilakukan bagi membangunkan satu pangkalan data dalam bentuk CD-ROM interaktif berkaitan sayur-sayuran tempatan di Malaysia dari sudut latar belakang umum, khasiat pemakanan dan faedah kesihatan. Semua maklumat dan informasi yang berkaitan dikumpul dan disatukan sebagai data sekunder dari pelbagai jenis sumber.CD-ROM interaktif ini dibangunkan menggunakan perisian Cyber/ink Power Director, Corel Draw dan Microsoft Powerpoint 2010. Pangkalan data yang dinamakan sebagai CD-ROM interaktif MyVegesâ„¢ ini menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Tahap penerimaan terhadap pembangunan CD-interaktif ini dinilai menggunakan kajian soal selidik terhadap 300 responden yang terdiri daripada para pelajar Universiti Malaysia Sabah. Tahap penerimaan CD-ROM interaktif MyVegesM adalah pada tahap baik di kalangan para pelajar Universiti Malaysia Sabah (n=300,78.3%). Tahap mesra pengguna adalah pada tahap yang baik (n=300,74.3%) sementara tahap dapatan maklumat berada pada tahap yang sangat baik (n=300,94.3%). Kesimpulannya, pangkalan data dwibahasa di dalam bentuk CD-ROM interaktif berkaitan sayur-sayuran Malaysia dari sudut latar belakang umum, khasiat pemakanan dan faedah kesihatan telah berjaya dibangunkan dan mendapat penerimaan yang baik dari kalangan responden.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: interactive CD ROM, vegetable, nutrition, health benefit
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 05 Jun 2013 01:32
Last Modified: 13 Oct 2017 09:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6158

Actions (login required)

View Item View Item