Pembangunan sebuah pangkalan data dalam bentuk laman web mengenai buahbuahan tempatan Malaysia dari sudut latar belakang umum, khasiat pemakanan dan faedah kesihatan

Chong , Wan Seong (2011) Pembangunan sebuah pangkalan data dalam bentuk laman web mengenai buahbuahan tempatan Malaysia dari sudut latar belakang umum, khasiat pemakanan dan faedah kesihatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2357Kb

Abstract

Pada masa kini, teknologi elektronik dan maklumat semakin berkembang maju. Penggunaan internet menjadi semakin umum. Bilangan pengguna yang mencari maklumat secara online semakin bertambah. Bersesuaian dengan perkembangan teknologi, kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk membina satu pangkalan data dalam bentuk laman web mengenai buah-buahan tropikal Malaysia dari sudut latar belakang umum, khasiat pemakanan dan faedah kesihatan. Pangkalan data ini dibangunkan menggunakan perisian Mirosoft Office Publisher 2007. Tahap penerimaan pangkalan data yang dibina dikaji mengikut tahap pendidikan pengguna dengan menggunakan soal selidik secara atas talian. Seramai 150 responden dari setiap tahap pendidikan telah mengambil bahagian dalam sesi soal selidik. Dalam kajian ini, satu pangkalan data dalam bentuk laman web yang mempunyai maklumat terperinci tentang buah-buahan tropikal Malaysia dari sudut latar belakang umum, khasiat pemakanan dan faedah kesihatan telah berjaya dibina. Laman web yang dibina diberi nama Fruitsinfo dan alamatnya adalah www.fruitsinfo.org. Laman web Fruitsinfo ini mempunyai 29 jenis buah-buahan tropikal Malaysia dan informasi yang ditawarkan termasuk latar belakang umum buah-buahan, pengelasan saintifik, kandungan nutrien, vitamin, mineral, faedah kesihatan, galeri gambar-gambar buah-buahan dan senarai sumber rujukan. Pangkalan data Fruitsinfo ini merupakan laman web pertama di Malaysia yang memfokuskan kepada khasiat pemakanan dan faedah kesihatan buah-buahan tropika Malaysia. Tahap penerimaan grafik pangkalan data Fruitsinfo telah didapati tidak memuaskan di kalangan pengguna berpendidikan sekolah menengah (n=S3, 3S.3%) tetapi memuaskan di kalangan pengguna berpendidikan pengajian tinggi (n=6S, 43.3%). Tahap kemesraan pengguna adalah pada tahap memuaskan di kalangan pengguna berpendidikan sekolah menengah (n=96, 64.0%) dan berpendidikan pengajian tinggi (n=70, 46.7%). Di samping itu, tahap penerimaan informasi pangkalan data Fruitsinfo juga pada tahap memuaskan di kalangan pengguna berpendidikan sekolah menengah (n=91, 60.7%) dan pengguna berpendidikan pengajian tinggi (n= 76, 50.7%). Secara keseluruhan, tahap penerimaan pangkalan data Fruitsinfo adalah pada tahap memuaskan di kalangan pengguna berpendidikan sekolah menengah (n=109, 72.7%) dan pengguna berpendidikan pengajian tinggi (n=76, 50.7%). Secara kesimpulan, sebuah pangkalan data mengenai bauh-buahan tropika Malaysia telah berjaya dibina dan tahap penerimaan pangkalan data Fruitsinfo adalah memuaskan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:tropical fruit, database, website, nutrition, health benefit
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6161
Deposited By:IR Admin
Deposited On:04 Jun 2013 15:53
Last Modified:04 Jun 2013 15:53

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository