Tabiat makanan rakyat malaysia berketurunan india di daerah Jempol, Negeri Sembilan

Theeba Arumugam, (2011) Tabiat makanan rakyat malaysia berketurunan india di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
3130Kb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengambllan nutrien, menilai pengetahuan orang India mengenai pemakanan dan mengenalpasti tabiat makanan rakyat Malaysia berketurunan India di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Kajian ini melibatkan seramai 110 orang dewasa di mana 55 responden lelaki dan 55 responden perempuan. Kajian ini dijalankan di Taman Bahau (bandar) dan Felda Serting Hilir (Iuar bandar) di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Terdapat lima jenis borang digunakan dalam kajian ini iaitu demografi, ingatan diet 24-jam bagi tiga hari, soal selidik tabiat makanan, borang kekerapan pengambilan makanan (FFQ) dan soal selidik pengetahuan pemakanan. Hasil keputusan kajian Inj menunjukkan min pengambilan tenaga dan karbohidrat mempunyai perbezaan signifikan di antara responden lelaki dan perempuan, (p<0.05). Lebih daripada 90% responden tidak mencapai saranan RNI bagi tenaga dan kalsium. Selain itu, min pengambilan tenaga responden pada hari hujung minggu lebih banyak berbanding hari bekerja. Keseluruhannya, responden kajian ini mencapai saranan piramid makanan (NCCFN, 2010) bagi kumpulan makanan bijirin dan hasil bijirin, sayur-sayuran, ayam, daging dan hasil daging. Dari segi pengetahuan pemakanan pula, responden kajlan ini mempunyai pengetahuan pemakanan yang lemah. Terdapat perbezaan signifikan di antara tahap pendidikan responden dengan pengetahuan pemakanan mereka, (p<0.05). Seterusnya, sebanyak 80% daripada populasi kajian mengambil tiga hidangan utama dalam sehari dan majoriti keluarga responden mengamalkan cara masakan jenis goreng dalam masakan harian mereka. Secara keseluruhannya, tabiat makanan responden kajian ini agak memuaskan. Walaubagaimanapun, tabiat makanan seperti pengambilan susu dan buah-buahan harus dipertingkatkan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:dietary habit, indian, nutrition
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6162
Deposited By:IR Admin
Deposited On:04 Jun 2013 15:59
Last Modified:04 Jun 2013 15:59

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository