Pengekstrakan dan sifat-sifat protease daripada lateks mangga (Mangifera Indica L.)

Teoh , Li Ling (2011) Pengekstrakan dan sifat-sifat protease daripada lateks mangga (Mangifera Indica L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2399Kb

Abstract

Enzim protease boleh diekstrak daripada lateks Mangifera indica L. (mangga bervarieti Harumanis). Objektif utama dalam penyelidikan ini ialah menentukan pH dan suhu optimum serta kestabilan pH dan suhu terhadap enzim protease yang diekstrak daripada lateks Mangifera indica L. Larutan tampan yang berlainan dalam lingkungan julat pH 1.0 hingga 10.0 digunakan untuk menentukan pH optimum dan kestabilan pH bagi enzim protease. Suhu yang berlainan dalam lingkungan julat 10°C hingga 80°C digunakan untuk menentukan suhu optimum dan kestabilan suhu bagi enzim protease. Aktiviti proteolitik bagi enzim protease ditentukan dengan penggunan UV/Vis spektrofotometer dan nilai penyerapan (A) yang terdapat digunakan dalam pengiraan Unit Pencernaan Kasein (Casein Digestion Unit, CDU/mg). pH dan suhu optimum bagi enzim protease adalah pH 8.0 dan 60°C masing-masing dengan aktiviti proteolitik dicapai sebanyak 1488.49 CDU/mg dan 1354.05 CDU/mg. Kestabilan pH dan suhu adalah dalam julat pH 7-10 dan 30°C-60°C masing-masing dengan aktiviti proteolitik dicapai sebanyak 1200-1300 CDU/mg. Daripada analisis varians (ANOVA sehala), kesan pH serta suhu optimum dan kesan kestabilan pH serta suhu mempunyai perbezaan signifikan (p<0.05) dengan rawatan yang berkenaan terhadap a kti viti proteolitik daripada lateks mangga. Enzim protease ini yang mempunyai aktiviti proteolitik dan tahap kestabilan yang tinggi adalah amat sesuai untuk kegunaan industri makanan, farmaseutical dan bioteknologi.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:protease, mango latex, mangifera indica L., harumanis mango, enzyme, proteolytic, biotechnology
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6163
Deposited By:IR Admin
Deposited On:04 Jun 2013 15:42
Last Modified:04 Jun 2013 15:42

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository