Penggunaan "kad pintar" dalam mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan 4 bagi subtopik penentu-penentu permintaan

Asmidar Tara, (2008) Penggunaan "kad pintar" dalam mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan 4 bagi subtopik penentu-penentu permintaan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001074.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan "Kad Pintar" semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan 4 di dalam bilik darjah di Sekolah Menengah Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen ujian pra dan pasca. Pendekatan persampelan adalah secara tidak rawak. Sampel terdiri daripada sebuah kelas tingkatan 4 sahaja yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas iaitu kelas 4 Tertib yang mempunyai pelajar seramai 43 orang. Para pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan seramai 20 orang pelajar dan diajar menggunakan kaedah tradisional, mana kala 23 orang pelajar yang lain mewakili kumpulan rawatan dan diajar menggunakan "Kad Pintar". Subtopik kajian adalah berkenaan dengan Penentu-penentu Permintaan. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada soal selidik untuk menguji minat dan ujian pra dan pasca untuk menguji pencapaian pelajar. Data kajian dianalalsis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan Inferensi khususnya menggunakan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan kesan penggunaan "Kad Pintar" dalam mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonoml Asas. Secara keseluruhan, tahap pencapaian pelajar dalam kumpulan rawatan (mln=B.B3) adalah secara signifikannya leblh tinggi berbandlng dengan kumpulan kawalan (min=6.50). Selain itu, penggunaan "Kad Pintar" juga dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: smart card, fundamental economy subject, form 4, effectiveness
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 04 Jun 2013 07:40
Last Modified: 13 Oct 2017 09:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6164

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository