Tahap penerimaan buah jambu batu mengikut teknik pemotongan dan pembungkusan berbeza di kalangan pelajar Tahun Empat di sekitar Kota Kinabalu

Tan , Shee Ying (2011) Tahap penerimaan buah jambu batu mengikut teknik pemotongan dan pembungkusan berbeza di kalangan pelajar Tahun Empat di sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
2257Kb

Abstract

Pengambilan buah-buahan adalah baik untuk kesihatan, pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk menggalakkan pengambilan buah-buahan di kalangan pelajar kanak-kanak. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan buah jambu batu di kalangan pelajar tahun empat di sekitar Kota Kinabalu berdasarkan kesan teknik pemotongan dan pembungkusan yang berbeza. Seramai 207 lelaki (50.2 %) dan 205 perempuan (49.8 %) dari empat buah sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik dan kajian secara pemerhatian dijalankan untuk menentukan antara sembilan jenis kombinasi teknik pemotongan dan pembungkusan buah jambu batu yang pelajar paling gemari. Ujian penerimaan sensori ke atas buah jambu batu juga turut dijalankan. Melalui soal selidik yang dijalankan, kombinasi bentuk segi em pat tepat dengan kotak plastik adalah paling digemari iaitu seramai 170 responden (41.3 %) memilihnya. Pembungkusan kotak plastik (66.0 %) dan bentuk segi empat tepat (55.1 %) masing-masing juga mendapat sambutan yang paling tinggi apabila responden memilihnya secara berasingan. Tiada perbezaan signifikan (p>0.05) di antara pemilihan kombinasi teknik pemotongan dan pembungkusan buah jambu batu dengan jantina responden. Tahap penerimaan sensori buah jambu batu mendapat tahap kesukaan yang baik di kalangan responden. Nilai min untuk atribut rasa ialah 4.55±0.83, keranggupan dengan nilai min 4.45±0.93 dan warna isi buah jambu batu dengan nilai min 4.33±0.98. Tiada hubungan di antara kombinasi teknik pemotongan dan pembungkusan buah jambu batu dengan penerimaan sensori buah jambu batu iaitu rasa (x2=10.55, p > 0.05), keranggupan (x2=8.10, p > 0.05) dan warna (x2=8.89, p > 0.05). Kesimpulanya, pengambilan dan pemilihan buah jambu batu tidak dipengaruhi oleh teknik pemotongan dan pembungkusan buah jambu batu.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:guava, packaging, fruit, acceptance, slicing
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6181
Deposited By:IR Admin
Deposited On:05 Jun 2013 14:59
Last Modified:05 Jun 2013 14:59

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository