Kekerapan terjadinya faktor-faktor risiko penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk di bandar pasaraya batu 4, taman Damai dan bandar Kim Fung, Sandakan

Wong, Teck Moi (2006) Kekerapan terjadinya faktor-faktor risiko penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk di bandar pasaraya batu 4, taman Damai dan bandar Kim Fung, Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001091.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji kekerapan terjadinya penyakit kardiovaskuar (CVD), menentukan faktor-faktor risiko yang menyebabkannya dan tahap pengetahuan mengenai amalan pemakanan di kalangan penduduk di bandar pasaraya batu 4, bandar kim fung dan taman damai, sandakan. subjek kajian ini adalah seramai 300 responden. daripada jumlah tersebut, 136 (45.3%) orang lelaki dan 164 (54.7%) orang perempuan. responden ditemubual mengenai data demografi, maklumat antropometri, sejarah perubatan, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap pengetahuan. kajian ini juga melibatkan ujian tekanan darah dan pengukuran antropometri untuk menentukan status kesihatan responden. kaedah ingatan diet 24 jam dan kekerapan pengambilan makanan digunakan untuk menilai status pemakanan responden. data yang didapati dari ingatan diet 24 jam akan dianalisis dengan program nutrical. hasil daripada kajian ini, didapati 37 (12.3%) orang yang dikenalpasti menghidap CVD. faktor-faktor risiko bagi CVD adalah seperti jantina, umur, indeks jisim tubuh (ijt), nisbah pingganpinggul (NPP), tekanan darah, kandungan lemak badan (BFP), aktiviti flzikal, merokok, ketagihan alkohol, kekerapan mengambil makanan yang berkolesterol tinggi dan pengambilan kalori harian. kajian analisis khi-kuasa dua menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan pada aras keertian p>0.05 bagi faktor-faktor yang menyebabkan CVD; jantina P=0.000, umur P=0.000, IJT P=0.000, NPP P=0.000, tekanan darah P=0.000, BFP P=0.000, aktiviti flzikal P=0.000, merokok P=0.000, ketagihan alkohol P=0.001, kekerapan mengambil makanan yang berkolesterol tinggi P=0.000 dan pengambilan kalori harian berdasarkan RNI P=0.000. faktor risiko yang tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan ialah faktor cara masakan dan kekerapan mengunjungi restoran makanan segera dengan nilai masing-masing P=0.007 dan P=0.008. tahap pengetahuan responden mengenai cvd adalah dalam kategori sederhana iaitu seramai 208 (69.3%) orang daripada jumlah responden. kesimpulannya, faktor-faktor yang telah dinyatakan mempunyai perkaitan dengan terjadinya CVD di katanga

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: cardiovascular disease (CVD), population, risk factor, blood pressure
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 07 Jun 2013 05:55
Last Modified: 16 Oct 2017 06:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6207

Actions (login required)

View Item View Item