Pembangunan produk kopi pra-campur segera 4 in 1 dengan rumpai laut, Eucheuma Denticulatum

Tan, Eeleen (2011) Pembangunan produk kopi pra-campur segera 4 in 1 dengan rumpai laut, Eucheuma Denticulatum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2399Kb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan produk makanan dengan menggunakan dua komoditi utama yang ditanam secara besar-besaran di Sabah, iaitu rumpai laut Eucheuma denticulatum dan kopi Tenom. Rumpai laut E denticulatum dan kopi Tenom digunakan untuk menghasilkan produk minuman Kopi Pra-campur Segera 4 in 1 dengan Rumpai Laut, E denticulatum. Ingredien yang digunakan untuk menghasilkan produk minuman ini termasuk serbuk kopi Tenom segera, krimer bukan tenusu, gula dan serbuk E denticulatum. Dengan menggunakan reka bentuk faktorial 2 x 2 x 2, lapan formulasi telah dirumuskan; dan diturunkan kepada tiga formulasi yang terbaik melalui ujian pemeringkatan Balance Incomplete Block. Satu formulasi terbaik kemudian dipilih melalui ujian hedonik berdasarkan tahap kesukaan panel ujian sensori terhadap atribut aroma, warna, rasa, mouthfeel dan penerimaan keseluruhan. Formulasi F6 dipilihkan sebagai formulasi terbaik dan telah digunakan untuk menghasilkan sampel bagi menjalankan ujian analisis proksimat. Produk ini mengandungi 4.17% kandungan kelembapan, 6.62% kandungan abu, 1.51% lemak, 2.82% kandungan protein, 81.68% karbohidrat dan 3.2% kandungan serabut makanan. Keputusan proksimat ini dibandingkan dengan sampel kawalan iaitu kopi 3 in 1 dalam pasaran dan didapati produk kajian mengandungi kandungan abu, protein, dan serabut makanan yang lebih tinggi daripada kawalan. Kandungan lemak dan kandungan tenaga produk kajian adalah jauh lebih rendah daripada kawalan. Produk minuman Kopi Pra-campur Segera 4 in 1 dengan E denticulatum telah dijalankan ujian penilaian sensori, ujian mikrobiologi dan ujian pH untuk menguji mutu simpanan selama tiga bulan. Ujian pengguna yang dijalankan di pasaraya menunjukkan sambutan positif daripada golongan pengguna terhadap produk kajian dengan peratusan potensi pembelian sebanyak 84%.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:4 in 1 instant coffee, seaweed, eucheuma denticulatum, protein, dietary fiber, ash
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6232
Deposited By:IR Admin
Deposited On:11 Jun 2013 12:30
Last Modified:11 Jun 2013 12:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository