Sikap pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap makanan berfungsi

Chai , Shirly Sook Yi (2011) Sikap pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap makanan berfungsi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2443Kb

Abstract

Makanan berfungsi yang juga dikenali makanan sihat sudah wujud di pasaran dalam suatu jangka masa, namun sikap pengguna terutamanya golongan muda masih tidak diketahui dengan jelas. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji perhubungan antara sikap pelajar UMS terhadap makanan berfungsi dengan tahap pengetahuan mereka dalam pemakanan dan juga makanan berfungsi. Selain itu, kajian juga dilakukan untuk melihat bagaimana hubungan antara amalan pengambilan dan pembelian makanan berfungsi berkait dengan sikap dan tahap pengetahuan mereka. Borang soal selidik diedarkan kepada 400 orang pelajar sarjana muda sepenuh masa UMS kampus induk dan data dianalisis dengan perisian SPSS. Perhubungan dan perbezaan yang signifikan (p<0.05) wujud dalam aspek keperluan (r=0.108) dan kepercayaan dan keyakinan (r=-O.177) di antara pelajar dengan tahap pengetahuan berlainan. Perbezaan skor dan tahap pengetahuan ketara juga wujud di kalangan sekolah-sekolah terutamanya SSMP dan SPL dengan sekolah lain (p<0.05). Tahap pengetahuan didapati berkorelasi dengan pengambilan jumlah kategori makanan berfungsi (p<0.05). Sikap dalam keperluan dan keselamatan mempunyai perhubungan dengan pengambilan kategori makanan berfungsi manakala sikap ganjaran dan sikap lain-lain mempunyai hubungan dengan perbelanjaan makanan berfungsi (p<0.05). Faktor harga memainkan peranan penting dalam pembelian dan pengambilan makanan berfungsi pelajar UMS. Kebanyakan pelajar bersetuju dengan kepentingan makanan berfungsi seperti ganjaran, keperluan dan lain-lain.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:attitude, functional food, nutrition, knowledge level
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6233
Deposited By:IR Admin
Deposited On:11 Jun 2013 12:25
Last Modified:11 Jun 2013 12:25

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository