Tahap penerimaan penumpang terhadap makanan yang dijual di dalam penerbangan kos rendah

Chan, Elaine Gah Wy (2010) Tahap penerimaan penumpang terhadap makanan yang dijual di dalam penerbangan kos rendah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001111.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu untuk: (1) Mengkaji tahap penerimaan dan tahap kepuasan bagi penumpang-penumpang terhadap makanan yang dijual di atas penerbangan kos rendah Air Asia.; (2) Mengkaji faktor demografik yang mempengaruhi tahap penerimaan penumpang; (3) Mengkaji hubungan tahap penerimaan dan kepuasan penumpang terhadap makanan yang dijual di atas penerbangan. Instrumentasi yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian: (a) Makanan yang pernah dirasai di atas penerbangan Air Asia; (b) Tahap penerimaan penumpang terhadap makanan di atas penerbangan(skala Likert 5 item); (c) Tahap kepuasan penumpang terhadap makanan di atas penerbangan(skala Likert 5 item); (d) Maklumat demografik penumpang. Seramai 384 responden dipilih untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan ini dengan purposive sampling. Tahap penerimaan dan tahap kepuasan responden terhadap makanan diuji dengan mod skor untuk setiap atribut makanan. Tahap penerimaan responden adalah tinggi (4 ± s.p) untuk rasa, saiz sajian, pilihan, kebersihan dan keselamatan makanan dari segi halaljdiet khas. Tahap penerimaan adalah neutral (3 ± s.p) untuk kesegaran makanan dan kandungan nutrisi makanan. Tahap penerimaan untuk harga makanan adalah rendah (2 ± s.p) .Keputusan yang sama diperolehi bagi tahap kepuasan makanan. Terdapat korelasi yang tinggi di antara tahap penerimaan dengan tahap kepuasan apabila diuji dengan ujian korelasi Spearman rho .. Perkaitan separa wujud di mana hanya jantina, umur,kewarganegaraan dan tahap pendidikan mempunyai hubungan dengan beberapa attribut makanan (rasa, harga, pilihan, keselamatan, kebersihan, dan kesegaran ramuan). Kesimpulannya, tahap penerimaan responden terhadap makanan adalah tinggi kecuali dari segi harga.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: food acceptance, sold on board, low cost carrier, Air Asia, satisfaction, pricing
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 13 Jun 2013 01:43
Last Modified: 16 Oct 2017 06:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6253

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository