Pemodelan taburan hujan di Kota Kinabalu, Sabah

Ummul Khair Saharuddin, (2006) Pemodelan taburan hujan di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001117.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Negara kita arnnya mengalami iklim khatulistiwa iaitu panas dan lembap sekata sepanjang tahun. Namun kebelakangan ini sistem cuaca mengalami perubahan yang ketara dan sukar dijangka. Taburan hujan yang turun semakin tidak menentu dan tidak mengikut musim-musim tertentu. Kajian ini bertujuan menganalisis dan seterusnya meramal taburan hujan yang turun di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Sebanyak 132 bilangan cerapan sepanjang tempoh 11 tahun dari Tahun 1995 hingga ke Tahun 2005 telah digunakan. Data dianalisis mengikut bulanan dari Januari hingga Disember untuk membuat perbandingan bagaimana bentuk corak taburan hujan sepanjang tempoh yang dikaji. Model Box-Jenkins telah diaplikasikan untuk tujuan peramalan. Tiga langkah penting dalam model Box-Jenkins iaitu mengenal pasti model, menganggar parameter dan pemeriksaan berdiagnostik telah dilakukan. Model yang telah dipilih dan didapati sesuai adalah AR(l). Daripada hasil ramalan dapat disimpulkan ramal an terhadap taburan hujan tidak boleh hanya bergantung kepada data-data tahun sebelumnya tetapi perlu mengambil kira faktor-faktor lain lagi seperti pemanasan global, kelembapan dan arah angin.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: rainfall distribution, weather, global warming, relative humidity, global wind direction, forecasting model
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 13 Jun 2013 04:37
Last Modified: 16 Oct 2017 06:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6265

Actions (login required)

View Item View Item