Kajian tentang kaedah-kaedah penggredan dalam pendidikan

Teh, Dalena Sui Ling (2007) Kajian tentang kaedah-kaedah penggredan dalam pendidikan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001119.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan membandingkan setiap kaedah-kaedah penggredan yang telah diaplikasikan dengan keputusan 139 orang pelajar daripada salah satu kursus dalam program Matematik di UMS. Kaedah-kaedah penggredan yang dikaji adalah kaedah penggredan atas lengkung, kaedah skala stanel, kaedah skala lurus, kaedah maksimum dan kaedah yang barn iaitu kaedah taburan campuran. Pekali penentuan R2 digunakan untuk mengukur peratus pendekatan kaedah-kaedah penggredan dengan kaedah yang digunakan sekarang iaitu skala lurus. Ujian Kruskal -Wallis dan ujian bandingan pasangan demi pasangan juga digunakan untuk membuat perbandingan di antara kaedah-kaedah penggredan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kaedah maksimum mempunyai perbezaan yang signifikan berbanding dengan kaedah-kaedah penggredan yang lain. Ditunjukkan juga kaedah taburan campuran telah menyingkirkan kelemahan bagi kaedah-kaedah penggredan yang sedia ada dan didapati juga kaedah ini paling mendekati kaedah skala lurus yang digunakan sekarang. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tiada kaedah penggredan yang terbaik sedangkan pemilihan kaedah penggredan adalah bergantung kepada objektif gred, jenis kumpulan pelajar dan pengajar. Kebaikan dan kelemahan setiap kaedah penggredan juga perIu diambil kira.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: grade,method, type of student, grader, kruskal-wallis test, pairwise comparison test
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 13 Jun 2013 05:03
Last Modified: 16 Oct 2017 06:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6267

Actions (login required)

View Item View Item