Analisis kandungan nutrien dalam buah Pitaya (Hylocereus Undatus)

Lau, Ie Jiing (2007) Analisis kandungan nutrien dalam buah Pitaya (Hylocereus Undatus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian komposisi nutrien seperti kandungan air, karbohidrat, protein, lemak abu dan tenaga telah dijalankan ke atas buah pitaya atau Hylocereus undatus dari Sabah dan Vietnam. Dalam kajian ini, penentuan kandungan air telah dijalankan dengan pengeringan dalam oven. Penentuan kandungan abu ditentukan melalui pengabuan kering. Manakala kaedah pengekstrakan Soxhlet telah digunakan untuk menganalisis kandungan lemak. Kaedah fenol-asid sulfurik digunakan untuk menentukan kandungan karbohidrat dan seterusnya kandungan protein telah ditentukan dengan menggunakan kaedah makrokjedhal. Akhirnya, kandungan tenaga buah pitaya telah ditentu secara pengiraan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa buah pitaya Sabah mengandungi 86.21 ± 0.57g air, 9.19 ± 0.82g karbohidrat, 0.905 ± 0.02g protein, 0.636 ±0.04g lemak, 0.625 ± 0.02g abu dan 46.34 ± 3.28 kcal tenaga di dalam setiap 100g buah segar yang dikaji. Manakala buah pitaya Vietnam mengandungi 87.88 ± 0.76g air, 12.12 ± 0.97g karbohidrat, 0.629 ± 0.03g protein, 0.825 ± 0.03g lemak, 0.642 ± 0.03g abu dan 58.44 ± 4.11 kcal tenaga di dalam setiap 100g buah segarnya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nutrient, Pitaya fruit, Hylocereus undatus
Subjects: ?? QK495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 06:45
Last Modified: 12 Oct 2017 06:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/628

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository