Kesan ternakan sangkar ikan terapung terhadap ciri-ciri fizikal air, komuniti plankton dan taburan macrobenthos di Teluk Sepanggar, Sabah

Madihah Jaffar Sidik, (2007) Kesan ternakan sangkar ikan terapung terhadap ciri-ciri fizikal air, komuniti plankton dan taburan macrobenthos di Teluk Sepanggar, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
2669Kb

Abstract

Kajian kesan temakan ikan dalam sangkar terhadap ciri-ciri fizikal air, kelimpahan dan taburan komuniti plankton dan makrobentos di Teluk Sepanggar telah dijalankan. Sampel telah diambil di kawasan pinggir pantai di dalam sangkar dan kawasan luar pantai di Teluk Sepanggar pada monson Timur taut, monson peralihan dan monson Barat daya. Suhu, salinio, pH dan kepekatan oksigen terlarut telah disukat secara in-situ menggunakan meter YSL Aquadop profiler digunakan untuk menyukat halaju arus manakala kejemihan pula diukur menggunakan cakera secchi. Pepejal terampai dalam sampel air dianalisis menggunakan kaedah pengeringan, pembakaran dan timbang di makmal. Sampel fitoplankton dan zooplankton diambil menggunakan jaring plankton bersaiz 20 pm. Grab sampler digunakan untuk mengambil sampel makrobentos. Keputusan julat halaju arus, pepejal terampai, suhu, salinity, pH, kejemihan dan kepekatan oksigen terlarut masing-masing 0.11 mls dan 0.50 mis, 0.05 giL dan 0.26 g/L, 29.11°C dan 30.77°C, 30.03 %0 dan 31.93 %0, 6.58 dan 8.10, 3.00 m dan 5.20 m, dan 65.21% dan 89.29 %. Terdapat 40 spesis fitoplankton telah dikenalpasti di mana Coscinodiseus spp (36%) adalah spesls yang tertinggi kelimpahannya. Purata kelimpahan fitoplankton berjulat di antara 2.20 x 106 sel/L dan 5 .59 x106 sel/L. Manakala, terdapat 65 spesis zooplankton di mana kelimpahan tertinggi adalah larval zooplankton (31%). Purata kelimpahan zooplankton berjulat di antara 1.19 x 1(j individulL dan 6.61 x 106 individu/L. Nassarius sp. merupakan kelimpahan tertinggi pada taburan makrobentos di mana 28 jenis spesis telah dicatatkan. Purata kelimpahan makrobentos berjulat di antara 6.97 x 104 individu/m3 dan 2.83 x 105 individu/m3 Variasi jangka masa adalah signifikan pada ciri-ciri fizikal air manakala perbezaan variasi ruang adalah tidak signifikan secara statistik. Walau bagaimanapun, pengukuran lapangan menunjukkan halaju arus yang rendah di da/am kawasan sangkar ikan disebabkan oleh struktur sangkar. Maka, pepejal terampai mencatatkan nilai yang tinggi di kawasan dalam sangkar berbanding kawasan dekat dengan daratan dan kawasan jauh dari daratan. Nombor, kelimpahan dan kepelbagaian spesis fitoplankton menunjukkan signifikan dalam variasi jangka masa (kecuali index Margalef Richness). Manakala, tiada perbezaan yang signifikan pada variasi ruang seeara statistik. Variasi jangka masa pada komuniti zooplankton adalah signifikan pada index Pielou Evenness dan Margalef Richness. Tiada perbezaan yang signifikan pada taburan ruang terhadap nombor, kelimpahan dan nilai kepelbagaian spesis zooplankton. Makrobenthos menunjukkan variasi yang signifikan pada kedua-dua taburan jangka masa dan ruang terhadap nombor, kelimpahan dan nilai kepelbagaian spesis makrobentos. Daripada kajian ini wujudnya perbezaan variasi jangka masa yang amat jelas pada ciri-ciri fizikal air, komuniti plankton dan taburan makrobentos di Teluk Sepanggar. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang kecil pada taburan ruang dalam parameterparameter yang dikaji di mana menunjukkan kesan yang kecil terhadap persekitaran sangkar dan kawasan kajian.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:macrobenthos, plankton, cage culture, zooplankton
Subjects:S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions:SCHOOL > Borneo Marine Research Institute
ID Code:6285
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 Jun 2013 09:13
Last Modified:17 Jun 2013 09:13

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository