Geologi am dan petrologi batuan igneus kawasan Poring

Jessica Andreana Francis, (2007) Geologi am dan petrologi batuan igneus kawasan Poring. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001136.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sebelah utara Ranau, Sabah dengan keluasan lebih kurang 150 kilometer persegi. Ia terletak di antara latitud 5°30' U hingga 6°25 U' dan 116° 30' T hingga 117°5 T. Kawasan ini terdiri daripada batuan igneus ultrabes, batuan metamorf dan Pinousok Gravel dan juga batuan sedimen. Pembentukan batuan igneus dalam kawasan kajian di percayai berpunca daripada Mid ocean ridge basalt berdasarkan kajian - kajian sebelum ini. Di percayai juga batuan igneus di kawasan kajian berusia Trias iaitu dalam era Mesozoik. Analisis petrografi menunjukkan mineral - mineral yang terdiri daripada batuan plutonik iaitu apabila magma menyejuk dan berubah menjadi batu di bawah permukaan. Mineral - mineral seperti piroksen, olivin, homblend, kuarza, plagioklas dapat di lihat dalam petrografi batuan. Selain daripada batuan igneus, batuan metamorf juga di jumpai. Ini menunjukkan bahawa batuan di kawasan kajian telah mengalami proses metamorf. Batuan sedimen juga di jumpai iaitu daripada formasi Crocker. Formasi Crocker (Eosen LewatMiosen Awal) terdiri daripada selang lapis batu pasir dan syal kelabu atau syal merah. Formasi ini tidak menunjukkan sebarang kesan metamorfisme. Batuan yang di jumpai adalah batu pasir. Kawasan kajian terletak di sebelah utara Ranau, Sabah dengan keluasan lebih kurang 150 kilometer persegi. Ia terletak di antara latitud 5°30' U hingga 6°25 U' dan 116° 30' T hingga 117°5 T. Kawasan ini terdiri daripada batuan igneus ultrabes, batuan metamorf dan Pinousok Gravel dan juga batuan sedimen. Pembentukan batuan igneus dalam kawasan kajian di percayai berpunca daripada Mid ocean ridge basalt berdasarkan kajian - kajian sebelum ini. Di percayai juga batuan igneus di kawasan kajian berusia Trias iaitu dalam era Mesozoik. Analisis petrografi menunjukkan mineral - mineral yang terdiri daripada batuan plutonik iaitu apabila magma menyejuk dan berubah menjadi batu di bawah permukaan. Mineral - mineral seperti piroksen, olivin, homblend, kuarza, plagioklas dapat di lihat dalam petrografi batuan. Selain daripada batuan igneus, batuan metamorf juga di jumpai. Ini menunjukkan bahawa batuan di kawasan kajian telah mengalami proses metamorf. Batuan sedimen juga di jumpai iaitu daripada formasi Crocker. Formasi Crocker (Eosen LewatMiosen Awal) terdiri daripada selang lapis batu pasir dan syal kelabu atau syal merah. Formasi ini tidak menunjukkan sebarang kesan metamorfisme. Batuan yang di jumpai adalah batu pasir.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: igneous ultrabasic, matamorf rock, sedimentary rock, mineral, geology
Subjects: Q Science > QE Geology
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Jun 2013 06:11
Last Modified: 23 Oct 2017 04:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6300

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository