Penentuan sebatian meruap daun teh Cameron Highlands

Loy, Wee Vern (2009) Penentuan sebatian meruap daun teh Cameron Highlands. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001137.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan kandungan sebatian meruap daun teh cameron Highlands. Sampel daun teh pada tiga tahap kematangan; daun muda, daun pertengahan dan daun tua diekstrak dengan tiga cara pengekstrakan iaitu pengekstrakan dengan kaedah penyulingan stim (SDE), pengekstrakan dengan menggunakan bendalir superkritikal (SFE) dan pengekstrakan dengan menggunakan pelarut (SE). Hasil ekstrak dianalisis dengan menggunakan gas kromatografi-jisim spektrometri (GCMS). Dalam kajian secara kualitatif ini, keputusan analisis menunjukkan sebanyak 42 jenis kompaun sebatian meruap dapat dikenalpasti yang terdiri daripada 15 alkohol, 4 karbonil, 3 ester, 4 asid dan 16 hidrokarbon. Sebanyak 35 jenis kompaun sebatian meruap yang dapat dikesan daripada ekstrak SFE, 31 kompaun daripada ekstrak SDE dan 28 kompaun daripada ekstrak SE. Kepekatan relatif kebanyakan kompaun yang dikenalpasti adalah didapati menurun dengan peningkatan kematangan daun teh. Analisis statistik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara cara pengekstrakan SDE dengan SE dan SFE dengan SE tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara SDE dengan SFE dari segi peratusan kepekatan relatif kompaun sebatian meruap yang hadir. Selain itu, adalah didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga tahap kematangan daun teh dari segi peratusan kepekatan relatif kompaun sebatian meruap yang hadir. Setiap kumpulan kompaun yang dikenalpasti memainkan peranan yang penting dalam pembentukan aroma teh. Kesan dan kecekapan setiap cara pengekstrakan dapat diperhatikan daripada jenis kumpulan kompaun yang diekstrak olehnya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tea leave, volative flavour, leaf maturity, extraction method, steam distillation solvent extraction
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 18 Jun 2013 07:20
Last Modified: 23 Oct 2017 04:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6309

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository