Penerimaan sensori terhadap laksa penang di kalangan tiga etnik utama warga Universiti Malaysia Sabah

Ahmad Mustaqim Che Mood, (2010) Penerimaan sensori terhadap laksa penang di kalangan tiga etnik utama warga Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001138.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan etnik Bajau, Bugis dan Kadazan Dusun terhadap laksa Penang di kalangan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS). Melalui ujian Three Altemative Forced Choice (3-AFC), nilai ambang rasa, Best Estimated Threshold (BET) setiap etnik yang dikaji terhadap rasa masam dapat ditentukan. Ujian hedonik dan soal selidik dijalankan untuk mendapatkan faktor-faktor lain seperti aroma, tekstur, rasa manis, dan rasa keseluruhan yang mungkin mempengaruhi penerimaan setiap etnik terhadap laksa Penang. Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, faktor utama yang yang mempengaruhi penerimaan etnik Kadazan Dusun dan Bugis terhadap laksa Penang adalah gabungan aroma, rasa dan warna dengan masing -masing sebanyak 69 % dan 54 % manakala untuk etnik Bajau pula adalah faktor rasa iaitu sebanyak 44 %. Nilai ambang rasa masam di kalangan etnik Kadazan Dusun, Bajau dan Bugis di Universiti Malaysia Sabah adalah hampir sama berdasarkan nilai Best Estimated Threshold (BET) setiap etnik. Berdasarkan kajian, nilai BET kumpulan etnik Bugis adalah 0.00098%, manakala etnik Bajau dan Dusun masing - masing dengan nilai 0.00096% dan 0.00095%. Nilai BET untuk rasa masam tidak berkorelasi secara signifikan (p>0.05) dengan tahap penerimaan laksa Penang untuk semua etnik Bugis (r = - 0.296), Bajau (r = - 0.336) dan Kadazan Dusun (r = 0.109). Berdasarkan keputusan yang diperoleh, etnik Bugis yang mempunyai kepekaan ambang rasa masam yang paling tinggi merupakan etnik yang dapat menerima laksa Penang paling tinggi jika dibandingkan dengan etnik Bajau dan Kadazan Dusun.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: sensory acceptance, penang laksa, ethnic, sourness
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 18 Jun 2013 07:21
Last Modified: 23 Oct 2017 04:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6310

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository