Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain (EGTM), Pengezonan lokasi tanah runtuh dan kadar hakisan kawasan Kg. Tungou - Kg. Binanum (21-42KM), Jalan Ranau-Tambunan, Sabah

Julie Leng, (2008) Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain (EGTM), Pengezonan lokasi tanah runtuh dan kadar hakisan kawasan Kg. Tungou - Kg. Binanum (21-42KM), Jalan Ranau-Tambunan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000331.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian barat Sabah. Lokasi ini bermula dari Kampung Tungou - Kampung Binanum (21KM- 42KM), sepanjang laluan Ranau - Tambunan, Sabah. Kawasan kajian ini tertumpu dalam lingkungan longtitud 116°27'T hingga 116°33'T dan latitud 05°47'U hingga 05°52'U. Kawasan kajian dengan keluasan 120 km². Kajian ini meliputi kajian geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain bagi mengkaji kesesuaian kawasan pembangunan dan zon risiko tanah runtuh. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Tursmadi, Formasi Crocker dan Endapan Aluvium. Formasi Trusmadi (Paleosen-Eo sen) terdiri daripada unit yang mengandungi batuan berargilit berwarna gelap dan termetamorf gred sabak hingga filit. Formasi Crocker (Eosen Lewat Miosen Bawah) terdiri daripada unit batuan batu pasir tebal, unit batu pasir berselang lapis dengan syal dan unit syal. Endapan Aluvium (Kuatenari) yang terdiri daripada alluvium yang terdiri daripada gravel, pasir dan lodak dengan kandungan lumpur yang minor. Pelbagai peta tematik telah dihasilkan dalam kajian antaranya ialah Peta Taburan Lokasi Tanah Runtuh, Peta Topografi, Peta Sudut Cerun, Peta Jenis Guna Tanah, Peta Hakisan dan Ketidakstabilan, Peta Kadar Hakisan, Peta Geo-Bencana, Peta Geologi Kejuruteraan dan Peta Kesesuaian Kawasan Pembangunan. Keputusan analisis geologi struktur di kawasan kajian seperti lineamen, perlapisan, lipatan, sesar, dan kekar ialah arah daya canggaan yang utama ialah timur laut-barat daya. Analisis petrografi pula menunjukkan batuan Fonnasi Trusmadi tergolong dalam kelas akos wak manakala batuan Fonnasi Crocker tergolong dalam kelas kuarza wak. Daripada pemetaan geologi kejuruteraan terain, dan hasil kajian pemetaan yang lain, didapati bahawa sebanyak 75% kawasan kajian terdiri daripada Kelas 2 dan 3, iaitu kawasan yang sesuai dan kurang sesuai untuk dibangunkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Ranau to Tambunan, Engineering geological Terrain Mapping, Landslide risk zone, EGTM
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 24 Nov 2011 09:21
Last Modified: 12 Oct 2017 06:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/632

Actions (login required)

View Item View Item