Kajian tahap kesedaran kesan tabiat merokok terhadap kesihatan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Sharon Ann Fernandez Antony, (2007) Kajian tahap kesedaran kesan tabiat merokok terhadap kesihatan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001146.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif pertarna kajian ini adalah untuk menentukan tahap kesedaran kesan merokok utama terhadap kesihatan dan tahap kesedaran terhadap kandungan rokok di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Objektif kedua adalah untuk menentukan hubungan di antara status merokok dengan ciri-ciri sosiodemografi dan tahap kesedaran pelajar terhadap setiap kesan tabiat merokok dan kandungan rokok yang berkenaan. Objektif ketiga kajian ini pula adalah untuk menentukan sarna ada terdapat perbezaan di antara tahap kesedaran bagi kesan-kesan berbeza terhadap kesihatan dan di antara kandungan-kandungan rokok yang berbeza. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada seramai 170 orang pelajar lelaki dan perempuan VMS, yang berumur 18 tahun ke atas dan dipilih secara rawak dari sekolah-sekolah di VMS, perpustakaan, kolej kediaman A, B, C, D dan E serta kafeteria. Terdapat empat jenis analisis yang dijalankan iaitu analisis realibiliti, analisis statistik keperihalan, ujian khi-kuasa dua ketaksandaran dan ujian Kruskal-Wallis. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 24.7% perokok, 8.2% bekas perokok dan 67.1% bukan perokok. Kesemua perokok terdiri daripada pelajar lelaki dan kebanyakannya berbangsa Melayu, beragarna Islam serta berada dalam lingkungan 21 hingga 23 tahun. Secara keseluruhan, kebanyakan responden masih kurang sedar akan kandungan dalam rokok. Tahap kesedaran terhadap kesan tabiat merokok ke atas kesihatan adalah agak tinggi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa hubungan statistik yang signifikan wujud di antara status merokok responden dengan jantina dan status merokok rakan sebilik di asrama. Hubungan bererti juga wujud di antara status merokok dengan tahap kesedaran terhadap kandungan acetone, naphthalene, DDT, arsenic dan hydrogen cyanide. Tahap kesedaran terhadap kesan penyakit asmal emfisema dan status merokok bersandar antara satu sama lain. Perbezaan yang signifikan wujud di antara taburan skor bagi tahap kesedaran terhadap sepuluh kandungan rokok yang berbeza dan juga di antara taburan skor bagi tahap kesedaran terhadap empat kesan utama akibat tabiat merokok ke atas kesihatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: awareness, smoking, health, student, race, cigarette, gender, demographic factor
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Jun 2013 07:48
Last Modified: 23 Oct 2017 04:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6322

Actions (login required)

View Item View Item