Penggunaan kit pembuktian Teorem Pythagoras untuk meningkatkan prestasi pelajar terhadap tajuk Teorem Pythagoras dalam matapelajaran Matematik Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah

Norhassifah Buang, (2008) Penggunaan kit pembuktian Teorem Pythagoras untuk meningkatkan prestasi pelajar terhadap tajuk Teorem Pythagoras dalam matapelajaran Matematik Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2325Kb

Abstract

Matematik merupakan mata pelajaran yang ban yak melibatkan pengaplikasian rum usrumus matematik. Pengajaran dan pembelajaran Matematik secara tradisional yang menekankan aspek penghafalan rumus dapat di umpamakan seperti menuangkan ilmu pengetahuan ke dalam minda pelajar tanpa membenarkan pelajar menggunakan minda mereka secara aktif. Hasilnya, para pelajar hanya mampu menyatakan dan mengingati rumus-rumus yang diberikan oleh guru tanpa memahami konsep sebenar rumus tersebut dan akan melupakan kegunaannya setelah tamat menduduki peperiksaan. Para pendidik haruslah berusaha untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di bilik darjah adalah bermakna dan berkesan. Maka, para pendidik seharusnya melatih para pelajar untuk memahami makna dan konsep sebenar di sebalik rumus-rumus yang terlibat dalam pembelajaran matematik. Selain daripada itu, para pendidik juga perlulah berusaha untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di bilik darjah menyeronokkan dan mencabar bagi menarik minat pelajar terhadap matematik. Penggunaan alat bantu mengajar oleh guru untuk menerangkan konsep sebenar di sebalik rumus-rumus matematik akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di sam ping dapat membantu pelajar untuk memahami konsep matematik yang diterangkan dengan lebih mudah. Fokus utama dalam kajian ini adalah pemahaman konsep dan makna sebenar di sebalik terbitan rumus Teorem Pythagoras dan kepentingan penggunaan Kit Pembuktian Teorem Pythagoras dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik Teorem Pythagoras. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah dan melibatkan pelajar Tingkatan 2 di sekolah terbabit. Kajian dilaksanakan dengan memberikan ujian pra dan ujian pos kepada pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi mengetahui pencapaian prestasi mereka dalam topik Teorem Pythagoras sebelum dan selepas pengajaran menggunakan Kit Pembuktian Teorem Pythagoras dilaksanakan. Proses tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran tajuk Teorem Pythagoras selepas penggunaan Kit Pembuktian Teorem Pythagoras turut diadakan. Keseluruhannya, kajian ini merangkumi kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dan penekanan kefahaman konsep matematik dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk Teorem Pythagoras Tingkatan 2.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:pythagoras's theorem, kit, performance, mathematic, education, formula
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:School of Education and Social Development
ID Code:6324
Deposited By:IR Admin
Deposited On:20 Jun 2013 10:01
Last Modified:20 Jun 2013 10:01

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository