Geologi am dan geologi struktur kawasan utara Tuaran

Nor Zainizai Zainuddin, (2007) Geologi am dan geologi struktur kawasan utara Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000327.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Lokasi kawasan kajian terletak di bahagian Utara Tuaran, Sabah. Kawasan kajian ini dibatasi longitud 116° 11' T hingga 116° 17' T dan latitud 06° 10' U hingga 06° 12 'U. Kawasan topografi tinggi terletak di bahagian timur kawasan kajian ini, di mana ketinggiannya melebihi 100m. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan Aluvium Kuatemari. Litologi Formasi Crocker di kawasan kajian ini dibahagikan kepada tiga unit, iaitu unit batu pasir tebal. Kajian morfologi mendapati sistem sungai utama adalah peringkat tua manakala pola saliran anak sungai adalah berbentuk reranting. Kajian petrografi menunjukkan batu pasir Formasi Crocker adalah jenis Greiwak Litik. Analisis struktur lipatan kekar menunjukkan arah tegasan maksima (P) adalah bertindak pada Barat Laut – Tenggara dan Timur Laut - Barat Daya. Analisis struktur sesar sungkup adalah bertindak pada arah Tenggara - Barat Laut. Secara keseluruhannya, arah daya canggaan di kawasan kajian ini adalah berorientasikan arah Barat Laut - Tenggara dan Timur Laut - Barat Daya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Structure geology, Crocker formation, Aluvium quaternary, Tuaran
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 24 Nov 2011 07:52
Last Modified: 12 Oct 2017 06:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/636

Actions (login required)

View Item View Item