Geologi am dan sifat kejururuteraan tanah di kawasan Kunak, Sabah

Lim, Toon Hoong (2007) Geologi am dan sifat kejururuteraan tanah di kawasan Kunak, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001162.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Kunak, Bahagian Tawau iaitu pada longtitud 118° 09'T ke 118° 14' T dan latitud 04° 37' U ke 04° 42' U dengan keluasan adalah lebih kurang 100 Km2• Kawasan kajian terdiri daripada 5 unit yang berbeza iaitu besmen berhablur berusia Jura dan Trias, batu kapur Madai Baturong berusia Kapur, Formasi Chert-Spilit berusia Kapur hingga Bosen Awal, formasi Kuamut berusia Oligosen Lewat ke Miosen Tengah dan Basalt berusia Pliosen ke Kuartenari. Kajian geomorfologi di kawasan kajian menunjukkan bahawa kawasan kajian mengalami luluhawa fizikal, luluhawa kimia dan luluhawa biologi. Jenis susutan damt yang dapat diperhatikan di kawasan kajian adalah jenis rayapan, jatuhan puing dan gelongsoran batuan. Hakisan air juga dapat diperhatikan di kawasan kajian. Kajian struktur geologi menunjukkan bahawa kawasan kajian mengalami cangaan berarah Timur Laut-Barat Daya. 5 sampel tanah telah dipilih untuk kajian sifat fizikal, kimia dan kejuruteraan. Sampel tanah adalah basalt kecuali S4 adalah ultramafik. Kandungan kelembapan dan indeks keplastikan semua sampel adalah tinggi kerana kehadiran mineral lempung. [ni teIjadi kerana induk tanah basalt dan tanah ultramafik masing-masing adalah olivine basalt dan serpentinit yang akan bertukar kepada mineral lempung apabila terluluhawa. Graviti tentu bagi sampel berjulat 2.09 hingga 2.51. Kandungan bahan organik yang tioggi iaitu diantara 5.73% hingga 14.66% mengurangkan nilai graviti tentu tanah. pH tanah bagi kelima-lima sampel adalah berasid lemah. Pengelasan taburan saiz partikel bagi kelima-lima sampel menunjukkan kelas lempung. Nilai ketumpatan kering maksima bagi sampel tanah adalah di antara 1.065 Mg/m3 hingga 1.525 Mg/m3• Darjah kebolehtelapan bagi kelima-lima sampel adalah tidak telap dan kekuatan ricih maksima bagi kelima lima sampel adalah lemah iaitu antara 0.23 kN/m2 hingga 1.78 kN/m2 adalah kerana kehadiran mineral lempung.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geomorphological, soil creep, debris fall, rock slide, soil erosion, geo-engineering
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Jun 2013 03:44
Last Modified: 23 Oct 2017 04:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6368

Actions (login required)

View Item View Item