Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain kawasan Tuaran

Norhidayati Baba, (2007) Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain kawasan Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000326.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian merangkumi kawasan Tuaran yang terletak di Pantai Barat Sabah. Ia dibatasi oleh garis latitud 06° 07' U - 06° 13 U dan garis longitud 116° 08' T -116° 15' T. Keluasan kawasan kajian dianggarkan kira-kira 110km². Tujuan kajian dilakukan, ialah untuk mengkaji keadaan geologi am kawasan kajian dari segi aspek sedimentologi, stratigrafi dan geologi struktur, menghasilkan peta-peta seperti peta geologi, pengelasan geologi kejuruteraan terain, sudut cerun, jenis guna tanah, hakisan, geobencana, geologi kejuruteraan dan kawasan kesesuaian pembangunan bagi kawasan kajian serta mencadangkan kawasan pembangunan yang sesuai. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan Alluvium Kuatemer. Formasi Crocker terbahagi kepada 3 iaitu unit batu pasir masif, unit selang lapis batu pasir dan syal dan syal manakala manakala Alluvium Kuatemer terdiri daripada gravel halus, pasir lodak dan lumpur. Analisis geologi struktur di kawasan kajian menunjukkan arab daya canggaan yang utama adalah Barat Laut - Tenggara. Analisis petrografi pula menunjukkan batu pasir di kawasan kajian adalah matang dari segi kimia tetapi tidak dari segi tekstumya serta mempunyai tentuaturan yang kurang baik. Pengelasan bagi batu pasir ini terdapat dari jenis wak dan juga arenit. Pemetaan geologi kejuruteraan terain menunjukkan kawasan kajian mempunyai 85% merangkumi Kelas I dan II iaitu kawasan yang sesuai dijadikan kawasan pembangunan manakala 44% Kelas ill dan IV iaitu kawasan yang kurang dan tidak sesuai dijadikan kawasan pembangunan

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geology map, Structural geology, Mapping, Tuaran
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 06:27
Last Modified: 12 Oct 2017 06:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/637

Actions (login required)

View Item View Item