Kandungan aflatoksin dalam kacang tanah diimport ke Sabah ada tahun 2008 - 2010

Mohd Jin Husin, (2011) Kandungan aflatoksin dalam kacang tanah diimport ke Sabah ada tahun 2008 - 2010. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2956Kb

Abstract

Kajian ini melibatkan persampelan kacang tanah, Arachis hypogaea L. yang masuk melalui Pejabat Kesihatan Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Sejumlah 81 sampel kacang tanah diperolehi dari tahun 2008, 2009 dan 2010 yakni 59.26% sampel adalah dari tahun 2008, 6.17% sampel dari tahun 2009 dan 34.57% sampel dari tahun 2010. Hasil kajian mendapati 15% (7) sampel mengandungi jumlah paras kandungan aflatoksin melebihl 15 µg/kg pada tahun 2008, 18% (5) sampel mengandungi jumlah paras kandungan aflatoksin melebihi 15 µg/kg pada tahun 2010. Manakala tiada sampel yang mengandungi jumlah paras kandungan aflatoksin melebihi 15 µg/kg pada tahun 2009. Ujian statistik menggunakan kaedah tidak berparameter hubungan pangkat min jumlah paras kandungan aflatoksin dalam sampel kacang tanah dengan penggunaan sijil kesihatan adalah signifikan (sig-p = 0.003, sig < 0.005). Pangkat min hubungan jumlah paras kandungan aflatoksin dengan perbezaan negara pengeksport India dan China pula adalah tidak slgnifikan (sig-p = 0.478, sig > 0.478). Manakala pangkat min jumlah paras kandungan aflatoksin dengan bela tahun adalah signifikan (slg-p = 0.006, slg < 0.005). Pangkat min bagi jumlah paras kandungan aflatoksin dengan perbezaan bulan import A. hypogaea L. adalah signifikan (sig-p = 0.000, sig < 0.0050). Mempunyai korelasi di antara jumlah paras kandungan afiatoksin dengan tempoh pelayaran signifikan (sig-p = 0.007, sig, 0.005) dan nilai korelasi, r = 0.297 iaitu hubungan positif yang sederhana. Ini bermakna hanya penggunaan sijil kesihatan, perbezaan tahun, perbezaan bulan dan tempoh pelayaran mempunyai pengaruh terhadap paras kandungan aflatoksin dalam konsaimen A. hypogaea L. import.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:groundnut, aflatoxin, health certificate, countries, month and voyage time period
Subjects:Q Science > QD Chemistry
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:6405
Deposited By:IR Admin
Deposited On:25 Jun 2013 12:12
Last Modified:25 Jun 2013 12:12

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository