Penyelesaian persamaan Kamiran Volterra dan Fredholm jenis dua dengan kaedah penguraian adomian

Soo, Yan Jiu (2007) Penyelesaian persamaan Kamiran Volterra dan Fredholm jenis dua dengan kaedah penguraian adomian. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001182.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kaedah penguraian Adomian (P A) merupakan kaedah yang memberi penyelesaian dalam bentuk siri tak terhingga yang menumpu kepada penyelesaian tepat. Penyelesaian kaedah PA bebas daripada ralat pembundaran kerana tidak melibatkan proses pelinearan, teori usikan ataupun sebarang andaian yang akan mengubah bentuk masalah. Kajian ini bertujuan memperkenalkan tiga jenis kaedah PA yang berlainan iaitu kaedah P A piawai (PAP), kaedah PA terubahsuai (PAT) dan kaedah PA dua langkah (PADL) serta mendapatkan kaedah PA yang dapat memperolehi penyelesaian dengan lebih cepat dan mudah. Tiga kaedah PA tersebut diaplikasikan terhadap empat persamaan pengamiran iaitu persamaan pengamiran Volterra linear, persamaan pengamiran Fredholm linear, persamaan pengamiran Volterra tak linear dan persamaan pengamiran Fredholm tak linear. Langkah penyelesaian tiga jenis kaedah PA dibandingkan. Untuk kes linear, Volterra dan Fredholm, kaedah PADL dan PAT hanya memerlukan satu lelaran untuk mendapatkan penyelesaian tepat, manakala kaedah PAP memerlukan lebih daripada satu lelaran. Untuk kes tak linear, Volterra dan Fredholm, kaedah PADL terus memperolehi penyelesaian tepat dengan sekali kerja penggantian sahaja. Tetapi, kaedah PAP dan PAT melibatkan kerja pengiraan yang lebih panjang, terutamanya kaedah PAP. Jadi, kaedah PADL merupakan kaedah PA yang dapat memperolehi penyelesaian dengan lebih cepat dan mudah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Volterra, Fredholm, Adomian Decomposition Method (ADM), integral equation, linear and non linear
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Jun 2013 03:48
Last Modified: 23 Oct 2017 06:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6425

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository