Keberkesanan Model Rangka Piramid dalam konsep sudut antara garis dengan satah membantu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar

Wong, Jocelyn Erh Yi (2008) Keberkesanan Model Rangka Piramid dalam konsep sudut antara garis dengan satah membantu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001183.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti peningkatan prestasi dan minat pelajar setelah penggunaan Model Rangka Piramid dalam pengajaran konsep sudut antara garis dengan satah bagi pelajar-pelajar Tingkatan Empat. Untuk memenuhi tajuk kajian, reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 62 orang responden telah dijalankan di sebuah sekolah menengah bandar Kuching selama 5 hari. Data dikutip dengan soal selidik dan soalan-soalan ujian. Data yang diperolehi dianalisis dengan bantuan perisian komputer melalui program SPPS Version 12.0. Statistik yang digunakan ialah statistic deskriptif yang melibatkan pengukuran frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikanan p<0.05. Kajian mendapati terdapat peningkatan pencapaian bagi kumpulan rawatan yang menggunakan Model Rangka Piramid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Responden juga memberi komen positif tentang Model Rangka Piramid dari segi rangka luar, kesesuaian, penggunaan dan kesan penggunaan. Kajian ini dapat dirumuskan bahawa pengajaran yang menggunakan Model Rangka Piramid berjaya meningkatkan pencapaian dan minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Garis dan Satah dalam Tiga Matra dalam Matematik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Model Rangka Piramid, angle, the line, the plane, increase of achievement, quasi-experimental method, teaching and learning method
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Jun 2013 04:02
Last Modified: 23 Oct 2017 06:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6426

Actions (login required)

View Item View Item