Analisis kandungan asid Amino bebas dalam Labisia Pumila menggunakan kromatografi lapisan nipis

Noorsidah Laiman, (2005) Analisis kandungan asid Amino bebas dalam Labisia Pumila menggunakan kromatografi lapisan nipis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000322.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah jenis asid amino yang hadir di dalam 4 bahagian tumbuhan iaitu akar, batang, daun muda dan daun tua pada Kacip fatimah, Labisia pumila var pumila. Dua jenis tatacara pengekstrakkan digunakan iaitu metanol 24jam dan hidrolisis menggunakan 6M asid hidroklorik. Kromatografi lapisan nipis digunakan untuk menganalisis asid amino bebas. Terdapat 10 asid amino piawai digunakan untuk identifikasi asid amino dan reagen ninhidrin sebagai pengesan berdasarkan nilai Rr dan warna yang dihasilkan selepas tindakbalas berlaku pada kromatogram dengan membandingkan kromatogram sampel dan kromatogram asid amino piawai. Untuk lebih pasti semasa melakukan identifikasi asid amino bebas, 4 jenis pelarut digunakan iaitu metanol:air, n-propanol: air, isopropanol: butanol: asid asetik glasial: air dan aseton: asid asetik glasial: air. Keputusan menunjukkan prosedur ekstrak menggunakan 6M asid hidroklorik memberikan ekstrak mentah bahan asid amino dalam Labisia pumula dengan baik sekali. Untuk sistem pelarut, metanol: air (10: 10) memberikan hasil paparan yang baik pada kromatogram. Ninhidrin sebagai pengesan sangat sensitif ke atas kehadiran asid amino. Asid amino tanpa ninhidrin adalah tidak berwarna dan ini akan membuat asid amino sangat susah untuk dijejak kedudukannya. Penggunaan ninhidrin, proses mengesan dan identifikasi akan lebih senang dan mudah untuk dilakukan dimana tindakbalas akan memberikan warna kepada asid amino seperti ungu, violet, merah, kuning dan campuran 2 atau 3 warna.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Amino acids, Hydrolysis acids, Hyrdrochloric acids, Labisia pumila var pumila, Kacip Fatimah
Subjects: ?? QK495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 29 Nov 2011 02:27
Last Modified: 12 Oct 2017 06:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/643

Actions (login required)

View Item View Item