Kajian kromosom pesakit sindrom Turner menggunakan teknik karyotyping dengan kaedah pewarnaan jalur G

Aizati Azlin Khairul Anwar, (2007) Kajian kromosom pesakit sindrom Turner menggunakan teknik karyotyping dengan kaedah pewarnaan jalur G. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001185.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi memperolehi serakan metafasa kromosom dan membentuk kariotip atau profil kromosom daripada individu perempuan normal dan penghidap sindrom Turner. Sebanyak 15 hingga 20 serakan metafasa telah dikaji bagi mendapatkan serakan metafasa dan profil kromosom yang terbaik. Kariotip bagi individu perempuan normal adalah 46,XX manakala kariotip bagi penghidap sindrom Turner adalah 45,XO. Kariotip 45,XO mengesahkan diagnosis terhadap remaja perempuan 18 tahun iaitu sampel kajian sebagai positifmenghidap sindrom Turner. Dalam kajian ini, pencirian dan penyusunan kromosom dilakukan dengan teknik karyotyping menggunakan kaedah pewarnaan jalur G. Kaedah ini melibatkan perawatan kromosom dengan enzim tripsin sebelum diwarnakan dengan pewama Giemsa atau Leishman. Hasilnya ialah jaluran gelap dan cerah yang dapat membezakan setiap kromosom dengan berpandukan kariotip piawai antarabangsa ISCN. Kajian ini mendapati bahawa 23 pasang kromosom manusia terbahagi kepada tujuh kumpulan yang diwakili dengan huruf dari A hingga G dan terdiri daripada tiga jenis kromosom iaitu metasentrik, submetasentrik dan akrosentrik. Kumpulan A terdiri daripada kromosom 1, 2 dan 3 dari jenis metasentrik. Kumpulan B dan C pula terdiri daripada kromosom jenis submetasentrik iaitu kromosom 4 dan 5 dalam kumpulan B manakala kromosom 6 hingga 12 dan kromosom X dalam kumpulan C. Seterusnya, kumpulan D terdiri daripada kromosom 13, 14 dan 15 dari jenis akrosentrik. Kumpulan E terdiri daripada satu kromosom jenis metasentrik iaitu kromosom 16 dan dua kromosom jenis submetasentrik iaitu kromosom 17 dan 18. Kromosom 19 dan 20 pula termasuk dalam kumpulan F ialah kromosom jenis metasentrik. Akhir sekali, kumpulan G terdiri daripada kromosom 21 dan 22 serta kromosom Y adalah dalam jenis akrosentrik. Kromosom jenis telosentrik tidak terdapat dalam manusia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: chromosome, karyotype, Turner syndrom, G-banding staining method, trypsin enzyme
Subjects: R Medicine > RB Pathology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Jun 2013 02:28
Last Modified: 23 Oct 2017 06:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6444

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository