Persepsi terhadap perakuan pemakanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Lai, Shiow Chin (2009) Persepsi terhadap perakuan pemakanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001188.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Perakuan pemakanan dalam mempengaruhi pembelian produk makanan, mengkaji pengetahuan am dan persepsi pelajar terhadap Perakuan Pemakanan. Kajian ini mengenalpasti sama ada wujudnya hubungan antara tahap pengetahuan dan persepsi responden terhadap Perakuan pemakanan. Kajian ini dijalankan melalui survei dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 385 orang pelajar UMS dipilih sebagai responden. Data-data dianalisis dengan menggunakan tabu ran frekuensi, ujian khi kuasa dua dan korelasi. Hasil menunjukkan harga merupakan faktor yang paling mempengaruhi pembelian. Responden paling memerlukan Pelabelan makanan apabila membeli produk buat kali pertama. Maklumat Perakuan pemakanan merupakan aspek pelabelan makanan yang kelima penting dalam mempengaruhi pilihan pembelian selepas tarikh akhir penggunaan, jumlah hidangan setiap bekas/ bungkus, maklumat Pelabelan pemakanan dan maklumat pengeluar makanan. Majoriti responden mempunyai pencapaian pengetahuan tentang Perakuan pemakanan pada tahap baik dan cemerlang. Daripada jumlah 10 soalan, kebanyakan responden berjaya menjawab 6 hingga 8 soalan dengan betul. Secara keseluruhan, responden mempunyai persepsi ke arah positif bahawa Perakuan pemakanan biasa dirujuk dan dianggap penting. Produk yang berlabel Perakuan pemakanan dipercayai dapat memberi manfaat serta membekalkan kelebihan nutrien berbanding dengan produk tanpa Perakuan pemakanan. Majoriti responden bersetuju bahawa mereka akan membeli praduk yang berlabel Perakuan pemakanan. Hasil menunjukkan bahawa hipotesis alternatif kajian dlterima. Wujudnya hubungan antara tahap pengetahuan dengan persepsi terhadap Perakuan pemakanan. Tahap pengetahuan responden berhubungan signifikan dengan persepsi terhadap Perakuan pemakanan dari segi amalan merujuk kepada Perakuan pemakanan (P=0.022, rs=0.08), persepsi kepentingan Perakuan pemakanan dalam proses pembelian (P=0.039, rs=0.071) serta pembelian produk yang berlabel Perakuan pemakanan (P=0.033, rs=0.021).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: nutrition claim, consumer's purchasing decision, general knowledge, perception of student, food product
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 01 Jul 2013 04:34
Last Modified: 23 Oct 2017 06:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6455

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository