Kajian kualiti air Sungai Bongawan, Sabah

Ridzuan Kadir, (2008) Kajian kualiti air Sungai Bongawan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000317.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian kualiti air Sungai Bongawan dengan parameter yang dipilih telah dijalankan pada 17 Disember 2007, 25 Januari 2008 dan 8 Februari 2008 di Bongawan, Papar. Kajian ini melibatkan empat stesen persampelan di sepanjang Sungai Bongawan yang terletak di Kg. Seri Serbang, Kg. Tarap, Kg. Hulu dan Kg. Sumbiling. Sebahagian parameter dijalankan secara in situ atau di lapangan dan sebahagian parameter dijalankan secara in situ. Analisis in situ adalah dijalankan di dalam makmal dan mengikut piawaian APHA, 1985. Keputusan analisis setiap parameter mempunyai julat nilai berikut; pH (8.47 - 6.42), DO (8.18 - 4.77), IDS (17 - 660), kondaktiviti (4470 - 24.5), suhu (29.48 - 25.0), BOD (1.3 - 0.1) dan TSS (0.0265 - 0.0001). Hasil dari kajian ini menunjukkan kualiti air Sungai Bongawan berada dalam keadaan yang baik. Nilai parameter-parameter ini menunjukkan Sungai Bongawan masih dalam tahap baik dan dalam kelas I mengikut piawaian JAS (2006).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Water quality, Research water quality, Bongawan River, Sabah
Subjects: ?? TD429.5-480.7 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 29 Nov 2011 01:31
Last Modified: 12 Oct 2017 06:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/648

Actions (login required)

View Item View Item