Kajian komposisi proksimat 'Elephant grass' (Pennisetum purpureum) dan habuk papan sebagai substrat untuk penanaman cendawan Shiitake (Lentinus edodes) dan cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)

Santryeisande Jani, (2007) Kajian komposisi proksimat 'Elephant grass' (Pennisetum purpureum) dan habuk papan sebagai substrat untuk penanaman cendawan Shiitake (Lentinus edodes) dan cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001195.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penanaman cendawan Shiitake (Lentinus edodes) dan cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju) dengan menggunakan dua jenis substrat iaitu rumput 'Elephant grass' (Pennisetum purpureum) dan habuk papan. Lokasi penanaman kajian ini bertempat di Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Kundasang, Sabah dengan aras ketinggian 1,400 meter dari paras laut dan suhu purata sekeliling kira-kira 15°C - 21°C. Sementara itu analisis komposisi makanan telah dijalankan di Makmal analisis makanan iaitu bertempat di Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), Universiti Malaysia Sabah. Dua jenis substrat tersebut masing-masingnya diperolehi dari Kg. Saradan Tenghilan dan Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Kundasang, Sabah. Tiga replikasi diambil daripada setiap substrat tersebut untuk tujuan analisis. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan bererti secara statistik di antara substrat asli rumput 'Elephant Grass' dengan substrat asli habuk papan dari segi kandungan air, protein, fiber dan karbohidrat iaitu masing masingnya mencatatkan nilai sebanyak 22.17%, 0.21%, 14.71% dan 59.83% manakala 42.0%, 0.10%, 30.79% dan 22.87% untuk habuk papan asli. Komposisi proksimat dua jenis cendawan yang ditanam daripada campuran komponen substrat 'Elephant grass' dan habuk papan seperti yang digunakan di Koperasi Pembangunan Desa (KPD), menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti dari segi kandungan abu, lemak dan fiber yang masing-masingnya mencatatkan 3.08%, 3.38%, dan 3.17% untuk cendawan Shiitake dan 5.08%, 1.68% dan 4.7% untuk cendawan Tiram Kelabu. Analisis substrat menggunakan sampel asli (tanpa campuran) untuk dua jenis substrat tersebut. Selepas 5 bulan penanaman, cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju) menunjukkan pertumbuhan dalam substrat campuran komponen habuk papan sementara cendawan Shiitake (Lentinus edodes) tidak tumbuh di kedua-dua substrat selepas campuran komponen malah substrat tersebut dijangkiti penyakit. Tiada pertumbuhan cendawan di kesemua substrat 'Elephant grass' dan penyakit wujud.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: elephant grass, Shiitake mushroom, oyster mushroom, food proximate composition, sawdust, substrate
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Jul 2013 03:48
Last Modified: 23 Oct 2017 06:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6496

Actions (login required)

View Item View Item