Kajian teknik pensuisan cuping didalam penjejakan sudut (Angle Tracking) menggunakan Sistem Radar

Nazrul Ashraff Muslini, (2004) Kajian teknik pensuisan cuping didalam penjejakan sudut (Angle Tracking) menggunakan Sistem Radar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001203.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah mengkaji akan teknik-teknik didalam Pensuisan Cuping bagi salah satu diantara teknik-teknik yang digunakan didalam Penjejakian Sudut atau Angle Tracking di dalam Sistem Radar. Teknik-teknik Pensuisan cuping ini atau dikenali dengan Lobe Swiching ini dikaji dengan menggunakan Set Sistem Radar latihan berjenama Lab-Volt dari Negara Kanada. Ujikaji-ujikaji yang terlibat didalam kajian Pensuisan Cuping ini melibatkan 3 bahagian iaitu Ujikaji Pensuisan Cuping, Ujikaji Corak Sinar Antenna dan Pengimplimentasian Pensuisan Cuping dengan Kawalan Pensuisan Cuping. Bagi Ujikaji Pensuisan Cuping, data diambil menggunakan 3 jenis objek sasaran iaitu kepingan logam kecil, kepingan logam besar dan silinder dengan membuat pemerhatian tentang perubahan bacaan pada osiloskop. Dan didapati bahawa apabila polariti positif (+ 15 V) disalurkan, tanduk bahagian kanan yang terlibat dalam pengesanan objek sasaran dan begitu juga sebaliknya pada polariti negatif( -15 V) disalurkan. Manakala bagi ujikaji Corak. Sinar Antenna pula, data diambil dengan bacaan amplitud pada paparan osiloskop apabila sudut azimuth antenna radar diputar darjah demi rajah mengikut putaran lawan arah jam dan arah jam. Dan didapati dari graf yang diperolehi bahawa nilai Kehilangan Kesan Persilangan bagi Corak. Antenna ialah bersamaan -7.0 dB. Dan bagi Ujikaji Implimentasi Pensuisan cuping melalui Kawalan pensuisan Cuping, data diambil dengan lakaran graf isyarat-isyarat video radar yang wujud pada paparan osiloskop berdasarkan isyarat output Kawalan Suis Cuping sarna ada putaran antenna radar mengikut arah jam atau lawan arah jam. Dan penukaran Nisbah Kawalan Cuping dari PRF/2 ke PRF/4.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: lobe switching, angle tracking, radar system,antenna beam pattern test, oscilloscope screen, amplitude reading
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Jul 2013 03:32
Last Modified: 23 Oct 2017 06:37
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6519

Actions (login required)

View Item View Item