Penggunaan kit pembelajaran "Flexi Polygon Starter Pack" dalam memperkenalkan konsep asas Poligon

Mathan Kumar Kuppusamy, (2008) Penggunaan kit pembelajaran "Flexi Polygon Starter Pack" dalam memperkenalkan konsep asas Poligon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001209.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian yang bertajuk ''Penggunaan Kit Pembelajaran Flexi Polygon Starter Pack" dalam memperkenalkan konsep asas Poligon ini adalah sebuah kajian kuantitatif yang meninjau sejauh mana penggunaan kit ini dapat membantu dalam mengajar konsep asas poligon kepada para pelajar. Kajian ini dikendalikan di SMK Kota Marudu II, Bahagian Kota Marudu, Sabah di mana seramai 60 orang responden telah mengambil bahagian di dalam kajian ini. 60 orang responden tersebut telah dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang setiap satunya terdiri daripada 30 orang responden yang dipilih di kalangan pelajar - pelajar sederhana Tingkatan 1. Antara instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini adalah seperti Ujian Pra ( 40 soalan ), Ujian Pos ( 40 soalan ) dan borang soal selidik ( 10 soalan ). Kedua - dua kumpulan kawalan dan rawatan telah mengambil Ujian Pra dan Pos sebelum dan selepas menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa kit pembelajaran iaitu secara konvensional ( kumpulan kawalan ) dan dengan kit pembelajaran ( kumpulan rawatan ). Namun borang selidik hanya diuji pada kumpulan rawatan sahaja keran mereka telah didedahkan dengan kit ini. Secara keseluruhannya dapatan kajian menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min skor pencapaian ujian pos di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan selepas menggunakan kit pembelajaran ''Fleksi Polygon Starter Pack" pada aras keertian 0.05. Kesimpulannya, ''Penggunaan Kit Pembelajaran Flexi Polygon Starter Pack" dalam memperkenalkan konsep asas Poligon di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk Poligon Tingkatan 1 adalah sesuai dan berkesan kerana ia dapat memperkenalkan konsep asas kepada para pelajar dengan jayanya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: concept of polygon, starter pack kit, learning and teaching, quantitative study
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Jul 2013 06:43
Last Modified: 23 Oct 2017 06:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6533

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository