Kesan ketoksikan akut biji pangi mentah, difermentasi dan kering terhadap tikus Sprague-Dawley

Heng, Yunn Horng (2009) Kesan ketoksikan akut biji pangi mentah, difermentasi dan kering terhadap tikus Sprague-Dawley. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001211.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengesan kehadiran dan kesan ketoksikan daripada tiga jenis biji pangi (mentah, difermentasi dan kering). Lima ekor tikus jantan dan empat ekor tikus betina masing-masing disuap paksa selama 28 hari dengan dos 0% (kawalan), 0.5%, 1.0% dan 2.0%. Umur tikus jantan dalam kajian ini adalah kira-kira 10 minggu manakala tikus betina ialah 5 minggu. LD 5o yang diikuti dalam kajian ini adalah bersempadan dengan 1000 mg/kg dos. Penelitian dan pemeriksaan pada tikus kajian ini dijalankan setiap hari dan penimbangan berat dilakukan sekali seminggu. Darah tikus diambil sebelum dan selepas rawatan agar perbandingan parameter serum biokimia dapat dilaksanakan. Pada akhir rawatan, organ-organ semua tikus sama ada kumpulan kawalan atau kumpulan rawatan diambil keluar, diasing, ditimbang dan diperiksa secara visual. Kesan pada tiga jenis ekstrak biji pangi pada ujian biokimia, berat badan dan berat organ telah dianalisis selepas 28 hari. Dalam rawatan ini, terdapat seekor tikus betina mati-dalam rawatan biji pangi mentah (2.0% dos) pada hari ke-25. Dua ekor tikus jantan (dos 1.0% dan dos 2.0% masing-masing) dan tiga tikus betina (dos 0.5%, dos 1.0% dan dos 2.0% masing-masing) mati dalam rawatan biji pangi difermentasi. Tiada kematian yang berlaku dalam rawatan biji pangi kering. Perubahan berat badan tikus dalam tempoh rawatan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan bagi tiga jenis biji pangi. Keputusan serum anatisis pada tikus jantan memberikan tanda ketoksikan pada organ ginjal (rawatan biji pangi mentah), organ ginjal dan jantung (rawatan biji pangi difermentasi) dan renal (rawatan biji pangi kering). Tikus betina pula menunjukkan tanda ketoksikan pada organ hati dan ginjal (rawatan biji pangi difermentasi) serta renal (rawatan biji pangi kering). Keputusan secara keseluruhan menunjukkan tikus betina adalah lebih sensitif terhadap setiap rawatan berbanding dengan tikus jantan. Dari segi rawatan, didapati rawatan biji pangi kering adalah kurang bertoksik berbanding dengan rawatan biji pangi mentah dan biji pangi kering. Sebaliknya, rawatan biji pangi difermentasi memberikan kesan-kesan dan tanda tanda ketoksikan yang paling jelas pada tikus dalam tempoh 28 hari.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: toxicity, rat, Sprague Dawley, dried pangi seed, gender, biochemistry serum, treatment
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Jul 2013 06:38
Last Modified: 23 Oct 2017 07:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6535

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository