Pengiraan kalendar Gregory untuk mencari hari dalam seminggu

Yang, Suan Ai (2006) Pengiraan kalendar Gregory untuk mencari hari dalam seminggu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001212.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat corak, kitaran dan pola kalendar Gregory dari tahun 1901 hingga tahun 2096. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mencari hari dalam seminggu jika suatu tarikh diberikan dengan menggunakan tangan. Kaedah ini menarik, mudah digunakan dan boleh mendapatkan hari dalam seminggu dalam beberapa saat sahaja. Dalam usaha mencari hari dalam seminggu jika suatu tarikh diberikan, pengguna hanya perlu menghafal perwakilan jari-jari tangan yang terlibat, mengetahui bilangan pergerakan tambahan ibu jari yang didapati daripada hasil analisis terhadap kalendar Gregory dan pengiraan matematik yang mudah. Kalendar tetap yang mengandungi 14 jenis kalendar atau kalendar yang didapati daripada program komputer digunakan untuk menguji ketepatan jawapan daripada kaedah tangan. Walaupun, kajian terhadap kalendar Gregory ini tidak menyumbang kepada kegunaan saintifik tetapi hasil perkongsian pendapat dan pengetahuan sesama rakan membolehkan proses penyiasatan dan penerokaan matematik berlaku dan seterusnya mengembangkan pengetahuan dalam bidang matematik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Gregorian calendar, day of the week, hand method, mathematical knowledge
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Jul 2013 05:25
Last Modified: 23 Oct 2017 07:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6540

Actions (login required)

View Item View Item