Penentuan bilangan kromosom ke atas Coelogyne cuprea H. Wendl. & Kraenzl. di Taman Banjaran Croker

Mohamad Norazrun Azizan, (2009) Penentuan bilangan kromosom ke atas Coelogyne cuprea H. Wendl. & Kraenzl. di Taman Banjaran Croker. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001224.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan ke atas Ceologyne cuprea bagi menentukan bilangan kromosom spesies tersebut. Penentuan bilangan kromosom somatik bagi spesies ini telah dijalankan menggunakan teknik tekan. Larutan 0.002M 8-hydroxyqunoline telah digunakan sebagai larutan pra-rawatan pada suhu 4°C selama tujuh jam bagi menggalakan sel ke peringkat metafasa. Peringkat metafasa dicerap pada sel hujung akar yang sihat bagi membolehkan bilangan kromosom dikira. Enzim dan asid hidroklorik pada kepekatan tertentu digunakan bagi melembutkan akar supaya slaid yang terhasil adalah lebih baik. Prosedur teknik tekan digunakan bagi mencapai objektif kajian iaitu menentukan bilangan kromosom C. cuprea. Sebanyak tiga pokok telah digunakan dalam kajian ini yang diambil dari rumah bijau di IBTP. Setiap pokok diambil 3 akar untuk dicerap. Sepuluh sel dicerap dari setiap akar. Cerapan dibuat dengan menggunakan mikroskop cahaya yang bersambung dengan kamera digital. Bilangan kromosom ditentukan melalui kekerapan tertinggi bagi keseluruhan cerapan. Kesimpulan dai kajian ini adalah, bilangan kromosom bagi C. cuprea ialah 2n = 40.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: chromosome, Ceologyne cuprea., Squashing technique, Hydrochloric acid, enzyme, green house
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Jul 2013 05:27
Last Modified: 23 Oct 2017 07:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6567

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository