Kajian makroinvertebrata dan kualiti air Sungai Kiulu, Tuaran, Sabah untuk menilai keberkesanan perifiton sebagai penunjuk biologi

Oh, Siew Yong (2007) Kajian makroinvertebrata dan kualiti air Sungai Kiulu, Tuaran, Sabah untuk menilai keberkesanan perifiton sebagai penunjuk biologi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001228.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian tentang makroinvertebrata dan kualiti air Sungai Kiulu untuk menilai keberkesanan perifiton sebagai penunjuk biologi telah dijalankan di Sungai Kiulu, Tuaran, Sabah pada bulan September, Oktober dan November 2006. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kualiti air Sungai Kiulu berdasarkan Indeks Kualiti Air (WQI), menggunakan makroinvertebrata sebagai penunjuk biologi untuk membandingkan kualiti air antara Stesen Kawalan dan Stesen-stesen Persampelan serta menilai keberkesanan penggunaan perifiton dan makroinvertebrata sebagai penunjuk biologi untuk menentukan kualiti air. Spesimen makroinvertebrata dikutip dengan menggunakan jaring tendang (‘kick net’). Sebanyak 439 spesimen makroinvertebrata yang terdiri daripada 6 order dan 13 famili telah berjaya disampel dan dikenal pasti. Kebanyakan spesies makroinvertebrata yang dikenal pasti terdiri daripada Order Ephemeroptera yang berpotensi menjadi penunjuk air bersih dan Order Mollusca sebagai penunjuk air kotor. Parameter fizikal yang dikaji termasuk min keluasan dan kedalaman sungai, kelajuan arus air serta suhu air. Parameter kimia seperti oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (TSS), ammoniakal nitrogen (NH3N) dan pH juga ditentukan untuk mendapatkan Indeks Kualiti Air (WQI). Julat nilai WQI bagi Sungai Kiulu yang terletak di antara 73.4 hingga 76.8 berada dalam kelas III (Agak Tercemar). Indeks Biologi (Bilangan Takson, Indeks EPT, FBI, BMWP dan ASPT) pula menunjukkan Sungai Kiulu mempunyai kualiti air yang bersih dengan densiti dan kelimpahan makroinvertebrata (bil. individu per m2) yang tinggi. Penilaian semua indeks tersebut menunjukkan bahawa kualiti air Sungai Kiulu adalah bersih di huiu sungai tetapi semakin merosot menuju ke hilir sungai. Perifiton dan makroinvertebrata boleh digunakan sebagai penunjuk biologi untuk menentukan kualiti air Sungai Kiulu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: macroinvertebrates, water quality, bioindicator, Water Quality Index (WQI), sampling Station, periphyton
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Jul 2013 05:26
Last Modified: 23 Oct 2017 07:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6571

Actions (login required)

View Item View Item