Kesan kadar dan cara pemberian baja N terhadap hasil tanaman jagung manis (Zea mays saccharata var. Thai Supersweet)

Noor Saharah Abdul Rahim, (2007) Kesan kadar dan cara pemberian baja N terhadap hasil tanaman jagung manis (Zea mays saccharata var. Thai Supersweet). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001229.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan kadar baja N (0,50 dan 100 kg/ha) dan dua cara pemberian baja N ke atas basil tanaman jagung manis. Kajian telah dijalankan di Makmal Ladang Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah dari bulan Disember 2006 bingga Februari 2007. Rekabentuk rawak lengkap (CRD) telah digunakan di dalam eksperimen ini. Parameter yang telah ditentukan ialah bilangan tongkol jagung per pokok, bilangan tongkol per plot, ukurlilit dan panjang tongkol. Selain itu, parameter lain yang tumt diambil termasuklah bilangan barisan biji per tongkol, berat basah tongkol, berat biji kering per tongkol, berat kering bahagian vegetatif pokok jagung manis, peratus penyeleraian dan kandungan gula. Keputusan yang diperolehi dari kajian ini menunjukkan kadar dan cara pemberian baja N tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan kepada semua parameter kecuali berat biji kering per tongkol. Kadar 100 kg N/ha dengan cara semburan foliar telah memberikan purata bilangan tongkol per pokok, ukurlilit, panjang tongkol, berat basah tongkol dan berat kering bahagian vegetatif yang tinggi secara marginal berbanding dengan kadar baja yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: N fertilizer rate, sweet corn, length of cob, measurement of the girth, amount of sugar,
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Jul 2013 05:09
Last Modified: 23 Oct 2017 07:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6572

Actions (login required)

View Item View Item