Pencirian protein serbuk susu lembu bagi bayi berumur 12 bulan dan serbuk susu lembu bagi kanak-kanak berumur 3 tahun

Mohd Azwan Asmat, (2007) Pencirian protein serbuk susu lembu bagi bayi berumur 12 bulan dan serbuk susu lembu bagi kanak-kanak berumur 3 tahun. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001231.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Protein merupakan satu makronutrien terpenting dalam pemakanan dan merupakan makronutrien utama yang diperlukan oleh manusia dan ianya diperlukan oleh setiap individu dan ini termasuk bayi dan kanak-kanak. Dalam kajian ini, profail kromatografi protein, kelembapan dan lemak di dalam serbuk susu lembu bagi bayi berumur 12 bulan dan kanak-kanak berumur 3 tahun dikaji. Tiga replikat setiap sampel diambil dan dijalankan analisis. Analisis lipid menggunakan kaedah Folch manakala analisis kelembapan menggunakan kaedah pemanasan sampel di dalam ketuhar yang dicadangkan oleh AOAC. Profail kromatografi protein pu1a dianalisis menggunakan fasa berbalik kromatografi cecair tekanan tinggi (RP-HPLC) . Didapati bahawa sampel susu bayi mempunyai kandungan lemak sebanyak 54.94% dan kandungan lemak di dalam susu kanak-kanak adalah sebanyak 59.79%. Kelembapan yang mempengaruhi hayat simpanan juga dikaji dan didapati susu bagi bayi mempunyai kelembapan sebanyak 1.26% dan susu bagi kanak-kanak mempunyai kelembapan sebanyak 2.15%. Daripada profail kromatografi yang diperolehi, didapati berkemungkinan profail yang didapati adalab leucine ataupun histidine. Daripada kajian ini, dapat disimpulkan bahawa susu bagi bayi mempunyai kandungan tenaga yang rendah dan jangka hayat yang tinggi serta mengandungi leucine atau histidine. Manakala bagi susu bagi kanak-kanak rnempunyai kandungan tenaga yang tinggi, jangka hayat yang rendah daripada susu bagi bayi dan profail protein yang hampir sama seperti susu bagi bayi

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: protein, moisture, chromatographic profile, leucine, histidine, milk powder, HPLC, fat
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 18 Jul 2013 03:59
Last Modified: 23 Oct 2017 07:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6597

Actions (login required)

View Item View Item