Pembinaan pembekal kuasa arus terus dengan paparan berdigit

Mohd Mustaffa Kamal Mundur Fahn, (2007) Pembinaan pembekal kuasa arus terus dengan paparan berdigit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001234.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Projek ini dilakukan untuk membina pembekal kuasa yang dapat memaparkan bacaan voltan secara berdigit. Pembekal kuasa ini terdiri daripada dua litar penting iaitu litar pembekal kuasa dan litar paparan voltan berdigit. Litar pembekal kuasa bertujuan untuk mengeluarkan voltan dan membekalkan kuasa untuk litar paparan voltan berdigit. Litar paparan voltan berdigit bertujuan untuk memaparkan bacaan voltan yang dikeluarkan daripada pembekal kuasa. Vol tan yang dikeluarkan daripada litar pembekal kuasa ialah voltan a.t yang boleh dilaraskan daripada 2.8±0.1 V sehingga 31.0±0.1 V. Litar paparan voltan berdigit memberikan bacaan dengan kepekaan ±0.l V. Dua eksperimen mudah dilakukan menggunakan pembekal kuasa dibina selepas pembinaan siap untuk menguji kebolehannya mengeluarkan voltan dan keberkesanan penggunaannya di makmal. Dua eksperimen yang dilakukan ialah eksperimen hubungan voltan dan arus serta eksperimen voltan pada suatu rintangan. Dalam kedua-dua eksperimen ini, pembekal kuasa makmaJ digunakan sebagai perbandingan pembekal kuasa yang dibina dan multimeter digunakan untuk mengukur bacaan voltan kedua-dua pembekal kuasa. Daripada eksperimen, pembekal kuasa dibina boleh digunakan untuk menggantikan pembekal kuasa di makmal disebabkan keluaran voltan dan arus adalah linear dan hampir sarna dengan pembekal kuasa yang digunakan di makmal. Projek ini dianggap berjaya kerana kedua-dua litar siap dibina dan berfungsi serta dua eksperimen mudah yang dilakukan dapat membuktikan pembekal kuasa dibina dapat berfungsi dengan betul.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: digital power supply, voltage output, digital display circuit
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Jul 2013 06:46
Last Modified: 23 Oct 2017 07:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6603

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository