Kesan masa penuaian dalam sehari terhadap hayat simpanan sayur kailan (Brassica alboglabra cv. LH. BAILEY)

Maslini Japar Ali, (2007) Kesan masa penuaian dalam sehari terhadap hayat simpanan sayur kailan (Brassica alboglabra cv. LH. BAILEY). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001235.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Sayur Kai Lan iaitSayur Kai Lan iaitu Brasisca alboglabra telah dituai pada selang masa tiga jam dalam masa sehari dan disimpan di bilik penyimpanan pada suhu l0±2°C untuk mengkaji kesan masa penuaian dan masa penyimpanan temadap kehilangan berat, kepekatan klorofil, kualiti visual dan jumlah bahagian daun rosak dan dibuang. Penilaian dibuat pada 3 pagi, 6 pagi, 9 pagi, 12 tengahari, 3 petang, 6 petang, 9 malam, dan 12 tengah malam bagi lima masa penyimpanan iaitu 0, 2, 4, 6, dan 8 hari. Daripada kajian ini, didapati bahawa masa menuai dan jangka masa simpan bagi sayur Kai Lan mempengaruhi kadar kehilangan berat sayur, kepekatan klorofil, kualiti visual dan jumlah bahagian daun rosak dan dibuang. Masa paling baik untuk menuai adalah pada pukul12 tengah malam, 3 pagi, dan 6 pagi dan masa penyimpanan yang paling baik bagi Kai Lan ialah pada 0 hari dan 2 hari, dimana peratusan bagi kehilangan berat dan peratusan bagi jumlah bahagian daun rosak dan dibuang adalah paling rendah pada jangka masa tersebut. Dalam selang masa tersebut juga, kualiti visual dan kepekatan klorofil adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan tempoh masa tuai yang lain. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa masa yang paling baik untuk menuai ialah 12 tengah malam, 3 pagi dan 6 pagi untuk mendapatkan kadar yang rendah terhadap kemerosotan kualiti sayur Kai Ian. u Brasisca alboglabra telah dituai pada selang masa tiga jam dalam masa sehari dan disimpan di bilik penyimpanan pada suhu l0±2°C untuk mengkaji kesan masa penuaian dan masa penyimpanan temadap kehilangan berat, kepekatan klorofil, kualiti visual dan jumlah bahagian daun rosak dan dibuang. Penilaian dibuat pada 3 pagi, 6 pagi, 9 pagi, 12 tengahari, 3 petang, 6 petang, 9 malam, dan 12 tengah malam bagi lima masa penyimpanan iaitu 0, 2, 4, 6, dan 8 hari. Daripada kajian ini, didapati bahawa masa menuai dan jangka masa simpan bagi sayur Kai Lan mempengaruhi kadar kehilangan berat sayur, kepekatan klorofil, kualiti visual dan jumlah bahagian daun rosak dan dibuang. Masa paling baik untuk menuai adalah pada pukul12 tengah malam, 3 pagi, dan 6 pagi dan masa penyimpanan yang paling baik bagi Kai Lan ialah pada 0 hari dan 2 hari, dimana peratusan bagi kehilangan berat dan peratusan bagi jumlah bahagian daun rosak dan dibuang adalah paling rendah pada jangka masa tersebut. Dalam selang masa tersebut juga, kualiti visual dan kepekatan klorofil adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan tempoh masa tuai yang lain. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa masa yang paling baik untuk menuai ialah 12 tengah malam, 3 pagi dan 6 pagi untuk mendapatkan kadar yang rendah terhadap kemerosotan kualiti sayur Kai Ian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: chinese kale, temperature, effect of weight loss, chlorophyll concentration, visual quality, trimming loss, harvesting
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Jul 2013 06:49
Last Modified: 23 Oct 2017 07:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6604

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository