Penilaian kadar dan nisbah nutrien N,P,K tanah sawah dan penentuan nisbah baja yang sesuai untuk tanaman padi

Ikram Mohd Safian, (2007) Penilaian kadar dan nisbah nutrien N,P,K tanah sawah dan penentuan nisbah baja yang sesuai untuk tanaman padi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001236.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menentukan kesesuaian 3 nisbah baja NPK iaitu 120:60:60, 90:60:60, 60:30:30 dan kawalan (tanpa baja) digunakan ke atas tanaman padi varieti IR72. Kajian dijalankan di dalam pasu menggunakan medium tanah yang diambil di tanah sawah Kampung Taun Gusi, Kota Belud dan disusun menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD). Penentuan kadar nutrien NPK tersedia di dalarn tanah dilakukan dengan menggunakan peralatan uji tanah Lamotte. Data-data kajian diambil pada setiap minggu bermula seminggu selepas mengubah padi ke dalam pasu sehingga tangkai padi mencapai 80% masak. Parameter-parameter yang dikaji adalah bilangan anakan, ketinggian pokok, kelebaran daun, bilangan daun, bilangan tangkai, bilangan bulir yang terhasil, bilangan bulir bernas, berat 1000 bulir dan kadar ketersediaan nutrien NPK di dalam sampel tanah. Hasil daripada keputusan kajian menunjukkan bahawa kandungan nutrien tersedia di dalam tanah bagi N adalah rendah, bagi P sederhana dan K tinggi. Tanaman padi yang hanya bergantung kepada ketersediaan nutrien dalam tanah sahaja mengalarni pertumbuhan yang kurang subur manakala tanaman yang dibekalkan nutrien dengan nisbah 60:30:30 menunjukkan gejala-gejala kekurangan nutrien. Dalam kajian ini, pemberian nisbah nutrien yang telah menunjukkan dan memberikan hasil yang baik adalah 120:60:60 yang mana sekaligus nisbah ini boleh digunakan sebagai nisbah pembajaan yang sesuai untuk penanaman padi dua kali setahun di Kampung Taun Gusi, Kota Belud.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: paddi , agriculture in Taun Gusi
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 29 Jul 2013 06:45
Last Modified: 23 Oct 2017 07:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6626

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository