Kajian morfologikal, fisiologikal dan penyaringan terhadap aktinomiset yang menghasilkan perencat-perencat protein kinases pada transduksi isyarat eukariotik

Yeoh, Seok Har (2004) Kajian morfologikal, fisiologikal dan penyaringan terhadap aktinomiset yang menghasilkan perencat-perencat protein kinases pada transduksi isyarat eukariotik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001244.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sebanyak 139 spesis aktinomiset tanah yang berasal dari Tabin dan Lower Segama telah diekstrakan dalam aseton dan dinyaringkan terhadap sistem penyaringan GSK- 3β manusia berdasarkan yis. Hanya ekstrak H8955 yang didapati merupakan pereneat positif terhadap sistem penyaringan ini. Ekstrak-ekstrak H7530, H7667, H8934 dan HllllO (dinyaringkan oleh rakan sekeIja saya), yang merupakan pereneat positif dalam sistem penyaringan ini telah dikumpul dan dinyaringkan dalam sistem penyaringan MCK 1 dengan tapakjalan diaktitkan kalsium oleh yis. Keputusannya ialah H7530, H8955 dan H11110 bersifat sebagai perencat MCKl, H7372 dan H7944 menunjukkan zon pereneat yang tidak dipengaruhi oleh MCKI dan H7667 sebagai pengawalan negatif. Strain H7372 dan H7944 telah dinyaringkan terhadap sistem penyaringan MAPKKinase tetapi keputusan menunjukkan toksik kepada yis. Selain penyaringan, 2 aktinomiset strain H7372 (pereneat Ras-Raf) dan H7944 (pereneat Rat) telah dikaji dari segi morfologi dan fisiologi. Kedua-dua strain ini menunjukkan kesamaan dalam morfologi dan fisiologi. Kedua-dua strain ini ialah bakteria gram positif dan bertumbuh dengan baik pada ISP2 dan ISP3 medium. Secara fisiologikal, mereka ialah katalase positif dan menggunakan sumber nitrogen L-proline, L-histidine dan L-valine dengan baik. Perbezaannya ialah, strain H7372 mempunyai rangkaian spora spiral terbuka tetapi H7944 tidak mempunyai eiri ini. H7372 menggunakan sumber karbon (D-glukosa, I-inositol, D-fruktosa, sukrosa dan D-mannitol) dengan banyak, manakala H7944 menggunakan D-glukosa dan I-inositol dengan banyak.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: soil actinomycete, acetone, screening system, inhibition, strain
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 29 Jul 2013 06:25
Last Modified: 23 Oct 2017 07:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6641

Actions (login required)

View Item View Item